12/31/10

JADUAL GAJI

Sebagai panduan...
Bijak merancang, menjamin masa depan...

PENSISWAZAHAN GURU

Perhatian kepada guru2 yang belum memohon program Pengsiswazahan Guru (PPG).
Permohonan PPG telah dilanjutkan sehingga 7 januari 2011.
Anda boleh memohon di http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg/index.cfm

Tempoh Permohonan Atas Talian dibuka semula hingga 07 Januari 2011 (Jumaat)

A Kalendar Program Pensiswazahan Guru
B Iklan Permohonan
C Bidang Pengajian dan Institusi
D Garis Panduan
E Panduan Mengisi Borang Permohonan
F Contoh Permohonan
G Contoh Cetakan Borang Permohonan

selamat berjaya.

12/27/10

Takwim Persekolahan 2011

Dalam 1 minggu lagi hari persekolahan akan bermula.Semestinya anak-anak kita akan mula bertanya bila hendak membeli beg, pakaian dan buku-buku sekolah. Mungkin ada anak yang yang bertanya bila nak pergi “jalan-jalan”, sebab cuti dah nak habis. Kesan daripada pertanyaan yang berulang daripada anak-anak, saya mencari maklumat berkenaan Kalender Persekolahaan sekali dengan Takwim Cuti Umum 2011. Rupanya hari ini sudah pun masuk 27 Disember, bermakna ada lebih kurang 5-6 hari lagi cuti semester akhir akan tamat. Pada 2 dan 3 Januari tahun depan, sesi persekolahan 2011 akan bermula.

Alang-alang sudah merujuk Kalender Persekolahan Tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, elok juga saya kongsikan di blog ini sebagai rujukan. Boleh juga jadi panduan bukan setakat untuk guru atau mereka yang terlibat dalam pendidikan secara langsung, tapi juga kepada ibu bapa.

Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan

Hari Persekolahan
03.01.2011
31.01.2011

Hari Persekolahan
01.02.2011
28.02.2011

Hari Persekolahan
01.03.2011
11.03.2011

Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2011 20.03.2011

Hari Persekolahan
21.03.2011
31.03.2011

Hari Persekolahan
01.04.2011
30.04.2011

Hari Persekolahan
01.05.2011
27.05.2011

Cuti Pertengahan Tahun 28.05.2011 12.06.2011

Hari Persekolahan
13.06.2011
30.06.2011

Hari Persekolahan
01.07.2011
31.07.2011

Hari Persekolahan
01.08.2011
26.08.2011

Cuti Pertengahan Penggal ke II 27.08.2011 04.09.2011

Hari Persekolahan
05.09.2011
30.09.2011

Hari Persekolahan
01.10.2011
31.10.2011

Hari Persekolahan
01.11.2011
18.11.2011

Cuti Akhir Tahun 19.11.2011 01.01.2012

Kumpulan B
 Perlis
 Pulau Pinang
 Perak
 Selangor
 Negeri Sembilan
 Melaka
 Johor
 Pahang
 Sabah
 Sarawak
 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 Wilayah Persekutuan Labuan
 Wilayah Persekutuan Putrajaya

Cuti Umum
• 1 Januari - Tahun Baru 2011
• 1 Februari - Hari Wilayah
• 3 Februari - Tahun Baru Cina 1
• 4 Februari - Tahun Baru Cina 1
• 16 Februari - Maulidur Rasul
• 12 Mac -> 20 Mac - Cuti Pertengahan Penggal
• 1 Mei -> 2 Mei - Hari Buruh (2 hb ganti)
• 4 Jun -> 19 Jun - Cuti Pertengahan Tahun
• 1 Ogos - Hari Pertama Ramadhan
• 31 Ogos - Hari Pertama Raya Aidilfitri / Hari Kebangsaan
• 2 September - Hari Kedua Aidilfitri
• 3 September -> 11 September - Cuti Pertengahan Tahun
• 16 September - Hari Malaysia
• 19 November -> 31 Disember - Cuti Akhir Tahun

11/19/10

MAJLIS HI-TEA


Pada 18 November 2010, buat julung kalinya Jawatankuasa Kelab Guru telah berjaya mengadakan Majlis Hi-Tea di Hotel Allson Klana, Nilai. Majlis yang bermula pada pukul 3.00 petang ini turut dihadiri AJK PIBG dan keluarga warga sekolah ini. Tujuan diadakan majlis ini ialah untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga sekolah. Majlis ini yang tamat pada pukul 6.00 petang.

10/6/10

SAMBUTAN HARI RAYA DAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN





Pada 1 Oktober 2010 Majis Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Raya peringkat sekolah telah diadakan. Program ini disertai oleh semua murid, guru dan kakitangan sekolah dan juga AJK PIBG. Sambutan Hari Kenagsaan bertujuan untuk memperingati jasa pejuang negara dan menilai sejauh mana diri dan minda kita sepenuhnya dari jajahan kuasa barat manakala sambutan hari raya di sekolah ini diharapkan dapat memupuk semangat 1 Malaysia serta mengeratkan lagi silaturrahim di kalangan muri-murid, guru-guru dan kakitangan di sekolah ini.

MAJLIS RESTU

Pada 30 Ogos 2010 di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A) satu Program Berbuka Puasa dan Majlis Bacaan Yasin serta Solat Hajat untuk pelajar-pelajar tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR. Program yang diadakan ini dijalankan untuk memohon kepada Allah s.w.t supaya supaya membantu para pelajar tahun 6 menghadapi peperiksaan UPSR dengan lebih tenang dan yakin.

8/22/10

MINGGU KOKURIKULUM













Minggu Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A) telah diadakan selama satu minggu mulai pada 21 Julai 2010 dan berakhir pada 4 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mencungkil bakat-bakat pelajar di samping membina keyakinan pelajar untuk berdiri di hadapan dalam menyuarakan pendapat masing-masing.

Semua Tahun 3 dan murid tahap dua terlibat secara langsung di sepanjang Minggu Kokurikulum ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah pertandingan permainan tradisional, pertandingan memasak dan mencipata logo kelab masing-masing. Pemenang-pemenang pertandingan telah diberi hadiah pada hari penutupan Minggu Kokurikulum pada 7 Ogos 2010 di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A).

Minggu Kokurikulum ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua murid yang terlibat. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.

8/10/10

PROGRAM PERKHEMAHAN






Program Perkhemahan SK Bukit Bangkong telah diadakan pada 7 Ogos 2010 hingga 8 Ogos 2010 selama 2 hari bertempat di Padang Sekolah SK Bukit Bangkong. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid mengalami sendiri keadaan sebenar perkhemahan di samping memupuk sifat-sifat mulia seperti toleransi, sabar, tolak ansur, tolong-menolong, berdisiplin dan keyakinan diri serta menyediakan diri pelajar menjadi pemimpin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah pertandingan mendirikan khemah, ramah mesara, senamrobik, sistem stesen dan pertandingan memasak.

8/1/10

BULAN PUSAT SUMBER






PSS atau nama penuhnya PUSAT SUMBER SEKOLAH adalah merupakan agensi di sekolah yang menyediakan pelbagai bahan perkhidmatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan itu Bulan PSS telah di lancarkan pada 19 JULAI 2010 dan berakhir pada 30 JULAI 2010 yang bertemakan "Pusat Sumber Wadah Generasi Cemerlang".

Tujuan diadakan Bulan PSS antaranya adalah memberi pendedahan kepada murid untuk menyanyangi dan mencintai PSS, mewujudkan dan memupuk semangat cinta dan sayangkan PSS, mencungkil bakat murid dan memperkembangkan bakat yang sedia ada dalam diri murid masing-masing.

Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang Bulan PSS untuk semua murid antaranya ialah pertandingan bercerita, membuat buku skrap, kuiz matematik, teka silang kata, menjilid surat khabar, melukis poster dan sebagainya.

7/23/10

MINGGU KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM





Pada 12 Julai 2010 hingga 22 Julai 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah menjalankan satu program Minggu Kesenian dan Kebudayaan Islam yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.

Program yang dijalankan selama 2 minggu ini bertujuan untuk memperkembangkan minat dan bakat yang terpendam dalam aktiviti-aktiviti berunsur keagamaan, memberi peluang kepada murid-murid dan guru bersama-sama menghayati Islam dalam suasana yang harmoni di sekolah dan menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan Islam kepada murid Islam dan yang bukan Islam dengan kerjasama dari semua warga sekolah.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya antaranya ialah:;
1. Pertandingan bercerita Sirah Nabi (Tahap 1 dan 2)
2. Pertandingan Nasyid (Tahap 2)
3. Pertandingan Menulis Khat
4. Pertandingan Busana Muslim dan Muslimah (Prasekolah, Tahun 1 dan 2)
5. Pertandingan menghafaz surah pendek (Prasekolah, Tahun 1 dan 2)

Majlis penutupan program telah diadakan pada 22 Julai 2010 oleh GPK1, Encik Mohd Noh bin Ismail di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong. Melalui program yang dijalankan ini murid-murid dapat menimba ilmu dan lebih mengenali Islam serta memberikan kesedaran kepada murid bahawa Islam itu indah melalui acara-acara yang dipertandingkan.

6/27/10

ANUGERAH GURU DEDIKASI

Pada 24 Jun 2010, Puan Noriyati binti Tasiman telah dianugerahkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sepang sebagai GURU DEDIKASI bagi kategori sekolah rendah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang 2010.

Anugerah ini telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang iaitu Tuan Abd Rahmat bin Ngit, di Dewan Seri Puteri Cyberjaya disaksikan oleh guru-guru seluruh Daerah Sepang yang dijemput hadir meraikan sambutan hari guru pada tahun ini.


Puan Noriyati bergambar dengan plak

dan sijil guru dedikasi

6/25/10

HARI BERTEMU PELANGGAN






Hari ini, 25 Jun 2010 bersamaan hari Jumaat Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan. Pada hari ini semua ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga tahun 6 dijemput hadir untuk menandatangani Buku ADAB murid. Program ini diharapkan dapat menggunakan peluang ini untuk berbincang dengan guru kelas dan guru mata pelajaran demi kecemerlangan anak-anak mereka.

Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program hari ini berjalan dengan lancar. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan pada penggal hadapan.

6/6/10

CUTI PENGGAL PERTAMA

Selamat bercuti kepada semua murid dan guru SK Bukit Bangkong mulai 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010.

5/24/10

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN

Semalam 24.5.2010 bersamaan hari Isnin Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah menjalankan Peperiksaan Setengah Tahun bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tujuan diadakan peperiksaan ini diadakan adalah untuk menguji sajauh mana pencapaian murid-murid dalam pelajaran selama lebih kurang 5 bulan. Peperiksaan berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru berlangsung selama 4 hari tamat pada 27.5.2010.

5/20/10

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH





Pada tanggal 20 Mei 2010, jam 7.30pagi, SK Bukit Bangkong telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang bertemakan " Guru Pembina Negara Bangsa". Sambutan diadakan dalam suasana yang agak ringkas tetapi meriah memandangkan semua murid akan menduduki Peperiksaan Setengah Tahun pada minggu hadapan.

Acara sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan nyanyian lagu keramat "Guru Malaysia" serta lagu tema pada tahun ini iaitu " Guru Pembina Negara Bangsa". Seterusnya beberapa acara persembahan oleh murid-murid bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru pada tahun ini.

Acara diteruskan dengan ucapan wakil murid oleh adik Mohd Arsyad bin Norsyairin bagi mewakili pelajar-pelajar SK Bukit Bangkong. Seterunya bacaan perutusan hari guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Haji Sirat. Ini diikuti dengan bacaan perutusan hari guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Puan Juliana binti Kobiri.

Acara sambutan dimeriahkan dengan acara sukan antara murid-murid bersama guru-guru.

Majlis sambutan berakhir dengan acara bertukar-tukar hadiah antara guru dan staf sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis sambutan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.








5/17/10

TANDA HATI HARI GURU

Hari ini Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong menerima hadiah Sempena Hari Guru dari Yang Berhormat Parlimen Sepang, Dato Mohd Zin berupa kek dan jambangan bunga. Selain itu, pihak sekolah juga menerima sekotak kek dari Yang Berhormat Dun Batu Laut, Dato Karim. Terima kasih diucapkan atas kenangan YB kepada guru-guru sekolah kami.




5/14/10

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010








Hari ini, 15 Mei 2010 bersamaan hari Sabtu, satu Program Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru yang akan disambut pada esok 16 Mei 2010.

Program yang dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh negara ini bertujuan untukmengurangkan risiko wabak denggi yang kian meruncing di kala ini, di samping itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibubapa murid dengan guru-guru dan pentadbir sekolah.

Di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong, program gotong-royong ini diadakan seawal jam 8.30 pagi melibatkan warga sekolah dan warga PIBG. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari ini seperti menanam benih pokok bunga dan pokok buah-buahan di sekeliling kawasan sekolah, membersihkan kelas-kelas dan mengeacat tembok dewan terbuka sekolah.

Alhamdulilah, program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)