2/27/10

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


Besarnya coklat!

Seorang kakitangan kilang Cokelat Beryls sedang
memberi taklimat kepada murid-murid SKBB

Murid-murid sedang berehat di hadapan
kios kilang cokelat Beryls.

Murid-murid bergambar di hadapan buah koko
gergasi yang terletak di hadapan kilang

Murid-murid bergambar di tepi tasik Putrajaya
selepas makan tengah hari

Murid-murid sedang asyik menonton tayangan
video di kilang roti Gardenia

Seorang kakitangan kilang roti Gardenia memberi
taklimat tentang pembuatan produk roti

Masing-masing berwajah ceria dengan 'goody bag'
yang diberikan oleh kilang Gardenia

Murid-murid dan guru-guru SK Bukit Bangkong
bergambar di hadapan pintu masuk kilang roti
Gardenia sebagai tanda kenangan

Unit Bimbingan dan Kauseling SK Bukit Bangkong telah mengadakan satu lawatan ke Kilang Roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di Shah Alam, Selangor, Kilang Coklat Beryls di Seri Kembangan dan Sekitar Putrajaya pada 2 Februari 2010. Seramai 36 orang murid yang terdiri dari perpustakaan dan pangawas sekolah dan beberpa murid yang cemerlang dalam pelajaran telah mengikuti lawatan tersebut. Murid-murid ini telah diiringi oleh 4 orang guru. Tujuan lawatan ini dibuat adalah bagi memberi pendedahan kepada murid dalam proses pembuatan roti dan proses membuat cokelat. Bas bertolak dari sekolah terus ke Shah Alam pada pukul 8.00 dan tiba pada pukul 9.30 pagi di Kilang Gardenia.

Murid-murid telah diberi penerangan melalui tayangan video dan dibawa melawat ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana proses pembuatan roti dijalankan. Selepas lawatan, semua murid dan semua guru diberi peluang untuk merasai roti buatan kilang tersebut dan setiap seorang mendapat 'goody bag' yang penuh berisi roti dan produk Gardenia lain sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Kilang Cokelat Beryls di Seri Kembangan. Di sana murid-murid juga diberi penerangan melalui tayangan video dan dibawa melawat ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat cokelat dijalankan. Selepas lawatan semua murid dan guru berpeluang untuk merasai cokelat buatan kilang tersebut. Di kilang ini murid-murid dapat membeli produk coklelat dengan harga yang berpatutan.




KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Amboi, relax nampak....lari cepat!


Wah, ahli rumah kuning nampaknya berlari dengan
penuh semangat!

Masih lagi boleh tersenyum....


Kejohanan merentas desa peringkat sekolah telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Februari 2010 yang lalu. Semua pelajar yang menyertai kejohanan ini mewakili pasukan rumah sukan masing-masing iaitu Rumah Sukan Merah, Biru, dan Kuning.

Kejohanan yang berlangsung dari pukul 3.00-4.30 petang. Tahniah kepada 6 orang pelajar yang terpilih untuk menyertai kejohanan merentas desa peringkat Daerah yang diadakan pada 25 Februari 2010 di SK Sungai Rawang. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para guru dan kakitangan serta semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini.

KEM BESTARI SOLAT KALI 1 SESI 2010

Murid-murid lelaki melakukan amali solat
dengan bersungguh-sungguh.

Setiap murid akan diuji bacaan dalam solat.

Seronok sangat la tu....

Murid-murid perempuan juga tidak ketinggalan
melakukan amali solat dengan bimbingan guru.


Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah mengadakan Kem Bestari Solat Siri I 2010 bertempat di sekolah ini pada 20 Februari 2020 iaitu pada hari Sabtu. Murid=murid yang terlibat adalah murid Islam Tahun 1 hingga Tahun Empat seramai lebih kurang 0rang.

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan guru-guru pembimbing yang terdiri daripada dua orang guru agama dan 6 orang guru akademik biasa yang beragama Islam. Kem ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Pihak sekolah juga telah menyediakan makan pagi dan makan tengah hari untuk semua peserta dan guru pembimbing.
Justify Full
Kem Bestari solat ini menitikberatkan tentang anggota, niat, cara berwuduk dan amali wuduk. Di samping itu juga niat dan bacaan pendek dalam solat serta perlakuan solat juga dipraktikkan dalam kem ini. Semasa kem ini murid-murid akan diperhatikan dalam Latihan Dalam Kumpulan yang telah disusun rapi oleh Panitia Agama Islam dan J-Qaf sekolah ini.






KURSUS PENGGUNAAN BLOG DALAM P&p





Pada 15 dan 17 Februari 2010 satu Kursus Penggunaan Blog dalam P&P telah dijalankan dengan lancar di Makmal Komputer SK Bukit Bangkong. Kursus selama 2 hari itu bermula pada pukul 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.30 petang dianjurkan oleh Jawatan Kuasa ICT SK Bukit Bangkong.

Tujuan kursus diadakan adalah untuk meningkatkan kecenderungan dan meningkatkankan minat guru dalam penyampaian dan penggunaan IT dalam P&P. Seramai 11 orang KP mata pelajaran terlibat dalam kursus tersebut. Tenaga pengajarnya terdiri dari Puan Noriyati binti Tasiman (Penyelaras ICT) dan Encik Mohd Shaharil bin Jaafar (Juruteknik Komputer). Di akhir kursus, semua peserta dapat menghasilkan satu blog mengikut panitia mata pelajaran.

2/25/10

LATAR BELAKANG KOMUNITI


95% ibu bapa atau penjaga adalah penduduk tempatan yang mempunyai latar belakang kehidupan serta ekonomi yang hampir sama iaitu bekerja sebagai petani atau nelayan. Selebihnya, seramai 5% ibu bapa terdiri dari gokongan pekerja industri di samping bekerja sebagai kakitangan kerajaan serta pekerja swasta.


Persekitaran sekolah dikelilingi oleh kawasan pertanian dan rumah kampung yang mana sebahagian penghuninya besar masyarakat sekitar adalah berbangsa asli dari suku kaum Mahmeri dan selebihnya berbangsa Melayu, China dan India. Lapangan pekerjaan penduduk sekitar adalah petani, nelayan, guru, pekerja swata, pekerja kilang, kontraktor dan peniaga kecil.


Pelajar yang bersekolah di sekolah ini kebanyakannya adalah anak-anak orang asli penduduk tempatan, anak-anak orang melayu yang tinggal di persekitaran dan kampung yang berhampiran. Selain itu, terdapat juga anak-anak guru yang mengajar di sekolah ini yang belajar di sekolah ini. Pelajar yang menamatkan pelajaran sehingga ke tahun enam di sekolah mampu membaca, menulis dan mengira dengan baik.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malsyia adalah satu usaha berterusan
ke arah memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmoni dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan
mencapai keharmonian
IKRAR GURU

Bahawasnya kami
Guru-guru Negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendokong teras cita-cita kami
Dalam menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada Masyarakat
dan Negara kami
Kami akan menjunjung
Perlembagaan Negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukengera
Pada setiap masa

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)