3/30/10

LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI PPK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA





Pada 30 Mac 2010 telah berlangsungnya satu lawatan oleh pegawai-pegawai dari Perkembangan Kurikulum Malaysia ke SK Bukit Bangkong. Lawatan ini diketuai oleh Dr Ng Soon Boon dengan ahli rombongan seramai 50 orang pegawai telah melawat ke Prasekolah An-Nur dan Prasekolah Az-Zahrah.

Dr Ng Soon Boon dan ahli rombongan sampai di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong pada pukul 9.00 pagi disambut oleh Puan Miskina binti Musri (Guru Besar) dan Encik Mohd Noh b Ismail (GPK1) serta pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber.

Seterusnya rombongan dibawa ke makmal sains untuk diberi taklimat serba sedikit tentang sekolah dan prasekolah yang ada di SK Bukit Bangkong oleh Puan Guru Besar. Selepas taklimat, ahli rombongan dibawa melawat prasekolah An-Nur dan prasekolah Az-Zahrah. Setelah menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah, akhirnya pada pukul 12.00 tengah hari ahli rombongan bertolak pulang meninggalkan SK Bukit Bangkong ke Hotel EMpress tempat mereka berkursus.

3/5/10

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Amboi, senyum nampak!

Wah, tekunnya!

Nampak bersemangat menghadiri kelas
tambahankali pertama ni.

Apa yang seronok sangat tu....


Kelas tambahan UPSR untuk murid-murid tahun enam bermula juga hari ini. Seperti yang dirancang oleh unit Kurikulum, Program kelas tambahan ini berobjektif untuk meningkatkan lagi keupayaan murid agar mempunyai daya tahan diri yang kuat. Di samping itu, murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan berkaitan dengan mata pelajaran UPSR. Mengikut takwim kelas tambahan ini akan bermula pada hari ini 6 Mac 2010.

Kelas tambahan UPSR ini akan terus dilaksanakan setiap hari Sabtu oleh guru-guru mata pelajaran secara sukarela. Setiap minggu dua orang guru akan mengajar selama dua jam bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Pada kelas tambahan yang pertama ini, kedatangan murid adalah amat menggalakkan dan mereka menunjukkan muka yang ceria dan bersemangat untuk belajar.

3/4/10

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di hadapan sekolah
bersama sepanduk sebelum perarakan bermula
.

Hari ini dalam sejarah murid-murid dan guru-guru menyambut
Maulidur Rasul dengan berarak keliling
Kampung Orang Asli Bukit Bangkong.

Nampak meriah sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Seorang murid Tahun 3 sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran.

Persembahan Nasyid oleh murid-murid 5 dan Tahun 6.

Deklamasi sajak oleh adik Ilyanna murid Tahun 3

Ceramah mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w yang
disampaikan oleh seorang penceramah jemputan.


Pada hari ini, 5 Mac 2010 bersamaan 19 Rabiulawal 1413H telah berlangsung satu program sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di SK BUKIT BANGKONG.

Program yang julung kali diadakan ini yang disambut pada 12 Rabiulawal ini setiap tahun bertujuan untuk mengingati kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W .serta perjuangan Baginda yang perlu diteruskan oleh umat Islam pada masa kini. Slogan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah " MEMANTAP UKHUWAH, MEMPERKASA UMMAH ".

Program di mulakan dengan perarakan beramai-ramai oleh murid-murid serta guru-guru SK BUKIT BANGKONG sambil berselawat ke atas junjungan besar nabi MUHAMMAD S.A.W. Selain upacara perarakan, terdapat juga acara lain yang dijalankan antaranya Bacaan Al-Quran, persembahan sajak dan nasyid dan juga ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah jemputan.

Acara kemuncak program ialah acara penyampaian hadiah kepada murid-murid dan guru-guru yang telah memenangi hadiah dalam pertandingan yang dijalankan sebelum ini. Semoga program keagamaan seperti ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
InsyaAllah....

3/2/10

MESYUARAT AGUNG PIBG

Mesyuarat Agung dijalankan untuk membuat
Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2010/2011

Sebahagian ibu bapa dan penjaga yang hadir
ke Mesyuarat pada kali ini

Puan Fatimah binti Haji Tamin (wakil dari PPD Sepang
hadir sebagai perasmi Mesyuarat Agung Sesi 2010

Ibu-ibu yang sedang asyik mendengar ucapan
dari wakil PPD Sepang

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010 telah diadakan di dewan SK Bukit Bangkong pada petang semalam, 1 Mac 2010 dengan jayanya. Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.30 petang, telah dirasmikan oleh Puan Fatimah binti Haji Tamin wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Sewaktu ucapan perasmian, beliau telah memuji pencapaian murid SK Bukit Bangkong dalam kurikulum dan kokurikulum. Beliau juga berharap agar ibu bapa murid memberikan komitmen kepada pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti yang dirancang.

Mesyuarat berlangsung selepas itu. Pelantikan Jawatankuasa bagi sesi 2010/2011 telah dijalankan dan bagi pemilihan YDP, sebulat suara ahli telah memilih Encik Jamaluddin bin Bayan. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.30 petang. Sebelum mesyuarat bersurai diadakan cabutan bertuah untuk ahli yang hadir. TAHNIAH kepada semua AJK yang telah dilantik.

APLIKASI PENGKALAN DATA

SAPS

e-PENYATA GAJI

e-PENARAPAN

POST TERKINI

get this widget here

PANTUN

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di dulang dibuang jangan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.