4/30/10

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA DAN PENYAMPAIAN KWAPM

Sebahagian ibu bapa murid sedang mendengar ceramah.

Kelihatan ibu bapa yang sedang asyik mendengar ceramah oleh
Encik Simpan bin Suda.

Guru Besar, Puan Miskina binti Musri sedang
menyampaikan ucapan alu-aluan kepada para ibu bapa.

Wakil dari PPD Sepang, Encik Mohammad Amin bin Misnoh
sedang menyampaikan ucap utama dan perasmian program.

Encik Simpan bin Suda sedang menyampaikan ceramahnya
dengan bersungguh-sungguh.

Puan Guru Besar duduk bersama YDP PIBG dan
penceramah undangan, Encik Simpan bin Suda.

Encik Mohd Noh bin Ismail, GPK1 sedang menyampaikan
ucapan kepada para peserta program motivasi.

Sebahagian ibu/penjaga sedang menunggu giliran mendaftar
nama peserta program motivasi.

Acara menandatangi borang penerimaan bantuan KWAPM.


Pada 24 April 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah mengadakan satu Program Motivasi untuk ibu bapa dan juga Majlis Penyampaian Bantuan KWAPM. Program dimulakan dengan pendaftaran dan menandatangani borang penerimaan KWAPM oleh ibu bapa.

Seterusnya, diadakan Ceramah Potensi Diri yang disampaikan oleh Encik Simpan bin Suda. Ceramah ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa tentang potensi diri, kekuatan dan kelemahan diri.

Selanjutnya, majlis penutupan program telah dilaksanakan oleh wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang iaitu Encik Mohamad Amin bin Misnoh. Kemuncak program ialah penyampaian Buku Akaun BSN kepada ibu bapa murid.

4/10/10

PROGRAM MOTIVASI TAHAP 2








Pada 31 Mac 2010 di SK Bukit Bangkong telah diadakan satu Program Motivasi untuk murid-murid Tahap 2. Seramai 70 orang murid terlibat dalam program tersebut yang bermula pada pukul 2.30 petang dan tamat pada pukul 5.30 petang bertempat di Dewan SK Bukit Bangkong.

Program motivasi ini bertujuan untuk memupuk sifat kepimpinan dan disiplin diri di kalangan ahli-ahli kelab dan persatuan sekolah ini. Selain itu, program ini diharapkan dapat menanamkan sikap bertanggung jawab , berkeyakinan dan menguji daya kesabaran di kalangan murid-murid selain memupuk semagat setiakawan dan kerjasama dalam kumpulan.

Seorang kauselor dari SM Taman Pantai Sepang Putra, Encik Samsul bin Sahid telah diberikan kepercayaan mengendalikan program ini dengan dibantu oleh beberapa orang guru dari sekolah ini sebagai fasilaltor program.

Program ini yang julung kalinya diadakan diharapkan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan.