5/24/10

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN

Semalam 24.5.2010 bersamaan hari Isnin Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah menjalankan Peperiksaan Setengah Tahun bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6.

Tujuan diadakan peperiksaan ini diadakan adalah untuk menguji sajauh mana pencapaian murid-murid dalam pelajaran selama lebih kurang 5 bulan. Peperiksaan berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru berlangsung selama 4 hari tamat pada 27.5.2010.

5/20/10

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH





Pada tanggal 20 Mei 2010, jam 7.30pagi, SK Bukit Bangkong telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang bertemakan " Guru Pembina Negara Bangsa". Sambutan diadakan dalam suasana yang agak ringkas tetapi meriah memandangkan semua murid akan menduduki Peperiksaan Setengah Tahun pada minggu hadapan.

Acara sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan nyanyian lagu keramat "Guru Malaysia" serta lagu tema pada tahun ini iaitu " Guru Pembina Negara Bangsa". Seterusnya beberapa acara persembahan oleh murid-murid bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru pada tahun ini.

Acara diteruskan dengan ucapan wakil murid oleh adik Mohd Arsyad bin Norsyairin bagi mewakili pelajar-pelajar SK Bukit Bangkong. Seterunya bacaan perutusan hari guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Haji Sirat. Ini diikuti dengan bacaan perutusan hari guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Puan Juliana binti Kobiri.

Acara sambutan dimeriahkan dengan acara sukan antara murid-murid bersama guru-guru.

Majlis sambutan berakhir dengan acara bertukar-tukar hadiah antara guru dan staf sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis sambutan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.








5/17/10

TANDA HATI HARI GURU

Hari ini Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong menerima hadiah Sempena Hari Guru dari Yang Berhormat Parlimen Sepang, Dato Mohd Zin berupa kek dan jambangan bunga. Selain itu, pihak sekolah juga menerima sekotak kek dari Yang Berhormat Dun Batu Laut, Dato Karim. Terima kasih diucapkan atas kenangan YB kepada guru-guru sekolah kami.




5/14/10

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010








Hari ini, 15 Mei 2010 bersamaan hari Sabtu, satu Program Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru yang akan disambut pada esok 16 Mei 2010.

Program yang dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh negara ini bertujuan untukmengurangkan risiko wabak denggi yang kian meruncing di kala ini, di samping itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibubapa murid dengan guru-guru dan pentadbir sekolah.

Di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong, program gotong-royong ini diadakan seawal jam 8.30 pagi melibatkan warga sekolah dan warga PIBG. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari ini seperti menanam benih pokok bunga dan pokok buah-buahan di sekeliling kawasan sekolah, membersihkan kelas-kelas dan mengeacat tembok dewan terbuka sekolah.

Alhamdulilah, program dapat dilaksanakan dengan jayanya.

5/12/10

PROGRAM KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Hari ini, 1 Mei 2010 satu Program Kecemerlangan UPSR 2010 yang dianjurkan oleh JK Khas Kecemerlangan Pendidikan Parlimen Sepang dan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang bagi Zon Selatan yang terdiri dari 4 buah sekolah iaitu SK Bukit Bangkong, SK Sungai Rawang, SK Sungai Pelek dan SK Taman Pantai Sepang Putra.

Program ini merupakan kesinambungan kepada usaha JK Khas Kecemerlangan Pendidikan meningkatkan prestasi UPSR Parlimen Sepang. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Bagan Lalang Beach Resort bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 6.00 petang.

Adalah diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan bagi melahirkan pelajar cemerlang dan berkeyakinan menjawab soalan terutama sekali bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.

Kepada Parlimen Sepang dan Pejabat Pelajaran Daerah Sepang

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)