7/23/10
MINGGU KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM
Pada 12 Julai 2010 hingga 22 Julai 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah menjalankan satu program Minggu Kesenian dan Kebudayaan Islam yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam.
Program yang dijalankan selama 2 minggu ini bertujuan untuk memperkembangkan minat dan bakat yang terpendam dalam aktiviti-aktiviti berunsur keagamaan, memberi peluang kepada murid-murid dan guru bersama-sama menghayati Islam dalam suasana yang harmoni di sekolah dan menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan Islam kepada murid Islam dan yang bukan Islam dengan kerjasama dari semua warga sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya antaranya ialah:;
1. Pertandingan bercerita Sirah Nabi (Tahap 1 dan 2)
2. Pertandingan Nasyid (Tahap 2)
3. Pertandingan Menulis Khat
4. Pertandingan Busana Muslim dan Muslimah (Prasekolah, Tahun 1 dan 2)
5. Pertandingan menghafaz surah pendek (Prasekolah, Tahun 1 dan 2)
Majlis penutupan program telah diadakan pada 22 Julai 2010 oleh GPK1, Encik Mohd Noh bin Ismail di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong. Melalui program yang dijalankan ini murid-murid dapat menimba ilmu dan lebih mengenali Islam serta memberikan kesedaran kepada murid bahawa Islam itu indah melalui acara-acara yang dipertandingkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH
Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)
-
Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk Sijil Pelajara...
-
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang: • Komunikasi • Manusia dan alam sekeliling • ...
-
Tarikh : 13 April 2019 Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Bangkong(A) Sasaran : Ahli-ahli Tunas Puteri Daerah Sepang & Murid Prasekolah ...
No comments:
Post a Comment