8/22/10

MINGGU KOKURIKULUM













Minggu Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A) telah diadakan selama satu minggu mulai pada 21 Julai 2010 dan berakhir pada 4 Ogos 2010. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mencungkil bakat-bakat pelajar di samping membina keyakinan pelajar untuk berdiri di hadapan dalam menyuarakan pendapat masing-masing.

Semua Tahun 3 dan murid tahap dua terlibat secara langsung di sepanjang Minggu Kokurikulum ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya ialah pertandingan permainan tradisional, pertandingan memasak dan mencipata logo kelab masing-masing. Pemenang-pemenang pertandingan telah diberi hadiah pada hari penutupan Minggu Kokurikulum pada 7 Ogos 2010 di Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A).

Minggu Kokurikulum ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua murid yang terlibat. Semoga program ini dapat dijalankan lagi pada tahun hadapan.

8/10/10

PROGRAM PERKHEMAHAN






Program Perkhemahan SK Bukit Bangkong telah diadakan pada 7 Ogos 2010 hingga 8 Ogos 2010 selama 2 hari bertempat di Padang Sekolah SK Bukit Bangkong. Aktiviti ini dijalankan untuk memberi peluang kepada murid-murid mengalami sendiri keadaan sebenar perkhemahan di samping memupuk sifat-sifat mulia seperti toleransi, sabar, tolak ansur, tolong-menolong, berdisiplin dan keyakinan diri serta menyediakan diri pelajar menjadi pemimpin masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ialah pertandingan mendirikan khemah, ramah mesara, senamrobik, sistem stesen dan pertandingan memasak.

8/1/10

BULAN PUSAT SUMBER






PSS atau nama penuhnya PUSAT SUMBER SEKOLAH adalah merupakan agensi di sekolah yang menyediakan pelbagai bahan perkhidmatan dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran. Selaras dengan itu Bulan PSS telah di lancarkan pada 19 JULAI 2010 dan berakhir pada 30 JULAI 2010 yang bertemakan "Pusat Sumber Wadah Generasi Cemerlang".

Tujuan diadakan Bulan PSS antaranya adalah memberi pendedahan kepada murid untuk menyanyangi dan mencintai PSS, mewujudkan dan memupuk semangat cinta dan sayangkan PSS, mencungkil bakat murid dan memperkembangkan bakat yang sedia ada dalam diri murid masing-masing.

Pelbagai acara telah dijalankan sepanjang Bulan PSS untuk semua murid antaranya ialah pertandingan bercerita, membuat buku skrap, kuiz matematik, teka silang kata, menjilid surat khabar, melukis poster dan sebagainya.

APLIKASI PENGKALAN DATA

SAPS

e-PENYATA GAJI

e-PENARAPAN

POST TERKINI

get this widget here

PANTUN

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Padi segemal kepuk di hulu
Sirih di dulang dibuang jangan
Kepalang duduk menuntut ilmu
Pasir sebutir jadikan intan.