12/26/11

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI 2012

Salam Sejahtera,Dengan sukacitanya pihak sekolah memaklumkan bahawa Mesyuarat Guru Kali Pertama Sesi 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut:
TARIKH   : 29 Disember 2011 (KHAMIS)
MASA       : 9:00 PAGI 
TEMPAT  : MAKMAL SAINS
Justeru itu, semua guru diwajibkan hadir ke mesyuarat tersebut.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai
Sekian, terima kasih.

PENJUALAN PERALATAN SEKOLAH SESI 2012

Dengan sukacitanya pihak kami ingin memaklumkan penjualan peralatan sekolah bagi sesi 2012 akan dijalankan seperti ketetapan berikut:
TARIKH   : 30 Disember (JUMAAT)
MASA       : 8:30 PAGI HINGGA 12:30 TENGAHARI
TEMPAT : KELAS
Justeru itu, kami amat menghargai kerjasama daripada pihak tuan/puan.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai
Sekian, terima kasih.

12/16/11

JADUAL TARIKH PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2012

Berikut adalah pekeliling jadual tarikh pembayaran bila gaji masuk bagi setiap bulan pada tahun 2012 bagi kakitangan awam. Pekeliling tersebut telah dirasmikan oleh Jabatan Akauntan Negara Diharap maklumat ini amat berguna bagi kakitangan awam dan secara tidak langsung boleh mengetahui tarikh gaji masuk pada setiap bulan pada tahun 2012.

12/14/11

CUTI_CUTI

Tinggal beberapa hari sahaja kita hendak sampai ke penghujung tahun 2011,dan tahun 2012 bakal menyusul. Mungkin ada yang mencari Kalender tahun 2012 untuk merancang cuti dan sebagainya, Di bawah ini disertakan Kalender 2012, senarai cuti Persekutuan tahun 2012,Senarai cuti Negeri untuk tahun2012 dan Cuti sekolah 2012 dan takwim persekolahan untuk tahun 2012.


Kalender Malaysia 2012-KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS

12/13/11

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN DAN BILANGAN TANGGA GAJI SKIM SBPA


Link ke pautan ini ~

SOALAN-SOALAN LAZIM PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Sumber rujukan : Lembaga Peperiksaan Malaysia

PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik.

Sumber rujukan : Lembaga Peperiksaan Malaysia
http://www.slideshare.net/upload

12/11/11

Skim Gaji SBPA

Dalam Bajet 2012 kerajaan telah mengumumkan bagi kakitangan kerajaan, satu skim perkhidmatan iaitu skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diperkenalkan bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).

Bertunjangkan penyampaian perkhidmatan yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, maka inisiatif transformasi Perkhidmatan Awam akan dilaksana melalui SBPA yang berpaksikan kepada kepimpinan dinamik, Perkhidmatan Awam kejat, perkhidmatan yang fleksibel, modal insan berkualiti dan saraan yang kompetitif. Ia mengganti Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang berkuat kuasa sejak tahun 2002.

Transformasi Perkhidmatan Awam adalah diperlukan untuk menjayakan agenda pembangunan negara yang termaktub di bawah Gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan inisiatif-inisiatif pembangunan yang lain

Bagi kakitangan kerajaan boleh membaca pekeliling di laman SBPA.Surat Tawaran dan Borang Opsyen SBPA juga boleh didapati dalam laman tersebut.

Terdapat 3 pekeliling (PDF) dalam laman tersebut iaitu;
Pekeliling bagi kakitangan awam yang Umum
Pekeliling bagi guru
Pekeliling bagi PDRM

Untuk melihat cara pertukaran gaji dari skim SSM ke SBPA boleh lihat seperti paparan dibawah;


http://www.slideshare.net/iyatiekuayune/sbpagajiguru-111209023917phpapp02-10554059


10/17/11

Program Pemulihan 3M PROTIM

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Jemaah Nazir Sekolah dengan kerjasama JPN dan PPD akan meneruskan Program Pemulihan 3M Protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 bagi memastikan murid-murid Tahap 2 boleh menguasai kemahiran mengira dan mempunyai asas Matematik yang kukuh sebelum melangkah ke peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaannya perlu dijalankan dalam waktu Matematik dan Bahasa Melayu mengikut budi bicara pentadbir sekolah. Pengubahsuaian jadual waktu boleh dilakukan untuk memastikan pelaksanaanya tercapai. Pemantauan perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Guru-guru Matematik dan Bahasa Melayu juga dikehendaki memanfaatkan penggunaan Modul PROTIM yang sedia ada di sekolah masing-masing dengan sebaik mungkin.

Bagi melancarkan pelaksanaan program disediakan juga Carta Alir Program PROTIM untuk makluman dan tindakan pihak sekolah. Guru matapelajaran dikehendaki mematuhi pelaksanaan Pra Ujian dan Pasca Ujian protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 agar data ujian tersebut dapat dihantar kepada pihak bertanggungjawab mengikut masa yang telah ditetapkan.

Program Pemulihan 3M PROTIM

LINUS : Literacy and Numeracy Screening

NKRA's (National Key Result Area) KPM telah menyasarkan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi setelah tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini melibatkan murid tahun satu yang bermula ada tahun 2010.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (PBK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasai masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS : Numerasi : operasi asas matematik dibubal khusus untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian. Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional LINUS
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah menjalankan pelbagai program pemulihan antaranya ialah:
1. Program KIA2M untuk murid tahun 1 yang telah dilaksanakan pada tahun 2006.
2. Program pemulihan untuk murid tahun 2 dan tahun 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program kemahiran asas membaca, menulis dan mengira untuk murid tahap 2 (PROTIM).
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di sekolah.
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua sekolah SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu:
1. Saringan 1 (Mac)
2. Saringan 2 (Jun)
3. Saringan 3 (September)

Semua murid tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwibahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

10/10/11

Program Aktiviti Selepas UPSR 2011

























Program ini diharapkan dapat melahirkan insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya mencapai hasrat untuk kesejahteraan apabila berada di alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-awalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif mengikut kehendak pemimpin dan negara. “ PROGRAM SELEPAS UPSR 2011” diharap dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Seramai 20 orang murid tahun enam terlibat dalam program ini yang dikendalikan oleh guru-guru tahun enam. Pihak sekolah mengharap program murni yang menjadi acara tahunan sekolah akan membuahkan hasil yang cemerlang demi kebaikan para murid.

Konvokesyen Kedap 2011

Kelas Dewasa Untuk Ibu Bapa Orang Asli Pribumi ataupun KEDAP adalah satu kelas yang memberi peluang kepada ibu bapa orang Asli yang tercicir daripada capaian ilmu satu ketika dahulu. Pada tahun ini SK Bukit Bangkong(A) sekali lagi pada tahun ini terbabit dengan program ini.

Seramai 25 orang telah mendaftar sebagai pelajar kelas dewasa ini. Para peserta program telah diberikan peralatan alatulis seperti buku, pensil, beg, pembaris, penggorek dan sebagainya. Seramai 4 orang guru terlibat mengajar terdiri dari Puan Sarimah bt Mohd Sairi sebagai penyelaras program, Puan Jamila binti Kusaini, Puan Roszalina bt Mokhtar dan Puan Zubedah binti Jaafar mengajar Bahasa Melayu dan Matematik.

Akhirnya pada 7 Oktober 2011 pelajar kelas dewasa ini menamatkan pembelajaran mereka selama 200 jam dengan jayanya. Walaupun para peserta tidak mengenal huruf tetapi kesungguhan mereka amat mengagumkan.

9/24/11

Program Asrama Mini 2011






Tarikh : 7 September 2011 hingga 15 September 2011
Masa : Sepenuh masa
Sasaran : Murid Tahun 6
Tenaga Pengajar : Guru Tahun 6
Perbelanjaan : JAKOA

Program ini merupakan satu program kecemerlangan UPSR yang dilaksanakan setiap tahun di SK Bukit Bangkong(A). Program ini bertujuan menempatkan murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR di sekolah dan bertujuan untuk memberi bimbingan yang berterusan di dalam pelajaran. Pada masa yang sama memastikan mereka hadir dan menduduki peperiksaan pada hari yang telah ditentukan.Diharapkan dengan adanya program ini, pelajar dapat memanfaatkan masa pelajar bersama guru untuk mengutip seberapa banyak ilmu dari guru dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan.

Sambutan Hari Raya 2011 Peringkat Sekolah

سلامت هاري راي عيدالفطري

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah
Tarikh: 6 September 2011
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Terbuka SKBBA

Pakaian lelaki : Baju Melayu
Pakaian perempuan: Baju Kurung

Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd! Itulah gemanya suara takbir dan seruan kemenangan diangkasa.Selepas mengharungi cabaran, menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan. Umat Islam di seluru dunia kini meraikan akan kemenangan mereka dengan mengadakan sambutan Hari Raya di seluruh pelusuk dunia.

Warga SK Bukit Bangkon(A) juga tidak lupa untuk mengadakan acara Sambutan Hari Raya pada hari Selasa, 6 September 2011. Pelbagai juadah telah disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Tahniah kepada semua warga SK Bukit Bangkong(A) yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah.

9/23/11

Majlis Persaraan Tn Hj Mohd Torsiman b Ismail

Satu Majlis Persaraan Tn Hj Mohd Torsiman b Ismail telah diadakan pada 5 September 2011. Majlis ringkas itu diadakan di Dewan Terbuka SK Bukit Bangkong(A) dari pukul 11.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Pada sebelah petang pula diadakan majlis High-Tea di Hotel Alsson Klana, Nilai.
Berikut adalah maklumat ringkas pesara yang diraikan:
Nama : Tn Hj Mohd Torsiman b Ismail
Jawatan : PRA (Pekerja Rendah Awam
Lahir : 5 September 1953
Status : Berkahwin (3 orang anak)
Sejarah Perkhidmatan:-

7/31/11

Niat Puasa
Lafaz niat untuk sebulan puasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa

Doa Berbuka Puasa
Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Doa Selepas Berbuka Puasa
Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.

7/14/11

Sukan Tahunan 2011









Tarikh : 3 Julai 2011


Tempat : Padang SK bukit Bangkong(A)
Masa : 8.00pagi - 12.30tgh


Sukan Tahunan pada tahun ini dibuat secara kecil-kecilan sahaja.


















7/2/11

larian 1 Malaysia



Pada hari ini 2 Julai 2011, hari Sabtu telah diadakan Larian 1 Malaysia serentak di seluruh negara. Acara larian serentak seluruh negara ini bermula tepat 7.45 pagi. Semua warga SK Bukit Bangkong(A) dan para penjaga juga tidak ketinggalan menyertai acara ini.


Hari Bertemu Pelanggan 2011




Tarikh : 24.6.2011
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik darjah

Pihak sekolah telah mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan dimana para ibubapa hadir ke sekolah untuk berjumpa guru kelas anak masing-masing. Program ini mendapat sambutan yang baik dari ibubapa.

Hari Bertemu Pelanggan adalah hari yang membolehkan para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit.

Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis ini kepada persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan…




6/4/11

Kelas Tambahan Masa Cuti


Kelas tambahan untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 bermula pada 30 Mei hingga 2 Jun 2011 dan akan di sambung pada 7 jun hingga 9 Jun 2011. Kelas tambahan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Semua murid yang terlibat diberikan minum pada pukul 10.00 pagi mendapat peruntukkan dari pihak JAKOA.

5/30/11

SELAMAT BERCUTI

Kepada semua semua murid-murid SK Bukit Bangkong mulai 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011.

5/21/11

Sambutan Hari Guru 2011



Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SKBB(A) dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Pada tahun ini Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada:- Tarikh : 20 Mei 2011 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Terbuka dan padang sekolah Masa : 7.35 pagi hingga 12 tengahari Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan SK Bukit Bangkong merupakan acara tahunan di sekolah ini.Pelbagai acara telah dijalankan, antaranya Ucapan oleh Ketua murid, Ucapan Guru Besar, Persembahan oleh guru dan murid-murid yang diadakan di Dewan Terbuka sekolah. Selepas rehat, acara sukaneka dan permainan bola baling dijalankan di padang sekolah dengan disertai oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Program yang dijalankan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dikalangan guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar SKBB(A). Selain itu, sambutan hari guru ini juga diharap dapat memotivasikan diri guru serta meningkatkan rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggung jawab guru dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

5/11/11

Kuntum datang sekolah













Semalam, 10 Mei 2011, warga SK Bukit Bangkong(A) sangat bertuah kerana dikunjungi oleh krew penerbitan Majalah Kuntum bersempena kempen Galakan Membaca peringkat sekolah. Pihak Majalah Kuntum telah menghadiahi senaskah majalah keluarannya secara percuma kepada setiap warga sekolah.

Para pelajar dan guru begitu teruja apabila maskot Kuntum, Si Pintar turut sama hadir dan bergambar bersama mereka. Lawatan tersebut yang merupakan kali pertama ke sekolah ini yang diketuai oleh En Tajuddin bersama tiga orang krew majalah Kuntum.

Lawatan yang bertujuan untuk memperkenalkan majalah Kuntum kepada murid-murid sekolah ini mendapat sambutan yang meriah oleh warga sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak Majalah Kuntum atas lawatan ini.

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)