5/30/11

SELAMAT BERCUTI

Kepada semua semua murid-murid SK Bukit Bangkong mulai 28 Mei 2011 hingga 12 Jun 2011.

5/21/11

Sambutan Hari Guru 2011



Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SKBB(A) dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Pada tahun ini Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada:- Tarikh : 20 Mei 2011 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Terbuka dan padang sekolah Masa : 7.35 pagi hingga 12 tengahari Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan SK Bukit Bangkong merupakan acara tahunan di sekolah ini.Pelbagai acara telah dijalankan, antaranya Ucapan oleh Ketua murid, Ucapan Guru Besar, Persembahan oleh guru dan murid-murid yang diadakan di Dewan Terbuka sekolah. Selepas rehat, acara sukaneka dan permainan bola baling dijalankan di padang sekolah dengan disertai oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Program yang dijalankan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dikalangan guru-guru, ibu bapa dan pelajar-pelajar SKBB(A). Selain itu, sambutan hari guru ini juga diharap dapat memotivasikan diri guru serta meningkatkan rasa kesedaran terhadap peranan dan tanggung jawab guru dalam membangunkan diri, masyarakat dan negara.

5/11/11

Kuntum datang sekolah













Semalam, 10 Mei 2011, warga SK Bukit Bangkong(A) sangat bertuah kerana dikunjungi oleh krew penerbitan Majalah Kuntum bersempena kempen Galakan Membaca peringkat sekolah. Pihak Majalah Kuntum telah menghadiahi senaskah majalah keluarannya secara percuma kepada setiap warga sekolah.

Para pelajar dan guru begitu teruja apabila maskot Kuntum, Si Pintar turut sama hadir dan bergambar bersama mereka. Lawatan tersebut yang merupakan kali pertama ke sekolah ini yang diketuai oleh En Tajuddin bersama tiga orang krew majalah Kuntum.

Lawatan yang bertujuan untuk memperkenalkan majalah Kuntum kepada murid-murid sekolah ini mendapat sambutan yang meriah oleh warga sekolah. Terima kasih diucapkan kepada pihak Majalah Kuntum atas lawatan ini.

5/7/11

Lagu Tema Hari Guru 2011



Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Bersatu kita menuju paradigma yang baharu
Satu tekad dan harapan menyahut cabaran dunia
Pendidik berkualiti demi mencapai visi
Dengan azam yang murni membentuk akhlak terpuji

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru Penjana Tranformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang murni satu Malaysia

Pendidik berinovasi menghasilkan kreaviti
Bersedia hadapi cabaran Arus tanpa sempadan
Pendidik yang berkualiti Membentuk akhlak yang terpuji
Mengimbangkan rohani Jati diri dan jasmani

Guru mendidik insan dengan setulus hati
Membimbing generasi masa depan
Guru penjana Transformasi Pendidikan Negara
Menjayakan hasrat yang suci
Satu Malaysia
Satu Malaysia
Satu Malaysia.

Lirik & Lagi : Rosman Adam

Lagu Guru Malaysia



Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan meminpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukunegara Kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pendidikan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lirik & Lagu : Hashim Ahmad

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)