10/17/11

Program Pemulihan 3M PROTIM

Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Pembangunan Kurikulum dan Jemaah Nazir Sekolah dengan kerjasama JPN dan PPD akan meneruskan Program Pemulihan 3M Protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 bagi memastikan murid-murid Tahap 2 boleh menguasai kemahiran mengira dan mempunyai asas Matematik yang kukuh sebelum melangkah ke peringkat Sekolah Menengah.

Pelaksanaannya perlu dijalankan dalam waktu Matematik dan Bahasa Melayu mengikut budi bicara pentadbir sekolah. Pengubahsuaian jadual waktu boleh dilakukan untuk memastikan pelaksanaanya tercapai. Pemantauan perlu dilaksanakan oleh pihak pentadbir bagi memastikan program ini berjalan dengan lancar mengikut perancangan. Guru-guru Matematik dan Bahasa Melayu juga dikehendaki memanfaatkan penggunaan Modul PROTIM yang sedia ada di sekolah masing-masing dengan sebaik mungkin.

Bagi melancarkan pelaksanaan program disediakan juga Carta Alir Program PROTIM untuk makluman dan tindakan pihak sekolah. Guru matapelajaran dikehendaki mematuhi pelaksanaan Pra Ujian dan Pasca Ujian protim Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 agar data ujian tersebut dapat dihantar kepada pihak bertanggungjawab mengikut masa yang telah ditetapkan.

Program Pemulihan 3M PROTIM

LINUS : Literacy and Numeracy Screening

NKRA's (National Key Result Area) KPM telah menyasarkan semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi setelah tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini melibatkan murid tahun satu yang bermula ada tahun 2010.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (PBK) telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasai masalah literasi dan numerasi di kalangan murid sekolah rendah.

Program LINUS : Numerasi : operasi asas matematik dibubal khusus untuk menangani masalah yang dihadapi oleh murid dalam menguasai asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian. Kandungan program telah dipilih dan disusun supaya dapat memberi pengalaman yang cukup kepada murid untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan dan seterusnya membolehkan mereka mengikuti pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

Rasional LINUS
Masalah murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran yang masih belum menguasai kemahiran asas 3M dengan baik belum dapat diatasi sepenuhnya walaupun KPM telah menjalankan pelbagai program pemulihan antaranya ialah:
1. Program KIA2M untuk murid tahun 1 yang telah dilaksanakan pada tahun 2006.
2. Program pemulihan untuk murid tahun 2 dan tahun 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing.
3. Program kemahiran asas membaca, menulis dan mengira untuk murid tahap 2 (PROTIM).
4. PROTIM selepas UPSR.

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan melanjutkan pelajaran dan kerjaya.

Strategi Pelaksanaan LINUS di sekolah.
Program LINUS ini wajib dilaksanakan di semua sekolah SK, SJKC, SJKT dan SABK. Terdapat 3 peringkat saringan bagi setiap tahun, iaitu:
1. Saringan 1 (Mac)
2. Saringan 2 (Jun)
3. Saringan 3 (September)

Semua murid tahun 1 akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada awal tahun setiap tahun. Program ini dikendalikan oleh guru BM, Matematik dan Pemulihan. Instrumen dibina dalam dwibahasa iaitu BM-BI, BC-BI dan BT-BI.

10/10/11

Program Aktiviti Selepas UPSR 2011

























Program ini diharapkan dapat melahirkan insan yang seimbang dengan kecemerlangan dan berjaya mencapai hasrat untuk kesejahteraan apabila berada di alam sekolah menengah. Justeru itu, keperibadian mulia perlu dibina dan diterap seawal-awalnya agar sikap berketrampilan yang ada pada manusia dapat diobjektif mengikut kehendak pemimpin dan negara. “ PROGRAM SELEPAS UPSR 2011” diharap dapat menghasil pelajar yang berilmu, beramal dan berakhlak sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Seramai 20 orang murid tahun enam terlibat dalam program ini yang dikendalikan oleh guru-guru tahun enam. Pihak sekolah mengharap program murni yang menjadi acara tahunan sekolah akan membuahkan hasil yang cemerlang demi kebaikan para murid.

Konvokesyen Kedap 2011

Kelas Dewasa Untuk Ibu Bapa Orang Asli Pribumi ataupun KEDAP adalah satu kelas yang memberi peluang kepada ibu bapa orang Asli yang tercicir daripada capaian ilmu satu ketika dahulu. Pada tahun ini SK Bukit Bangkong(A) sekali lagi pada tahun ini terbabit dengan program ini.

Seramai 25 orang telah mendaftar sebagai pelajar kelas dewasa ini. Para peserta program telah diberikan peralatan alatulis seperti buku, pensil, beg, pembaris, penggorek dan sebagainya. Seramai 4 orang guru terlibat mengajar terdiri dari Puan Sarimah bt Mohd Sairi sebagai penyelaras program, Puan Jamila binti Kusaini, Puan Roszalina bt Mokhtar dan Puan Zubedah binti Jaafar mengajar Bahasa Melayu dan Matematik.

Akhirnya pada 7 Oktober 2011 pelajar kelas dewasa ini menamatkan pembelajaran mereka selama 200 jam dengan jayanya. Walaupun para peserta tidak mengenal huruf tetapi kesungguhan mereka amat mengagumkan.

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)