1/25/11

SUBJEK SEJARAH DIPERKENALKAN DI SEKOLAH RENDAH 2014

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia SPM, kini mata pelajaran itu akan mula diperkenalkan bermula dari sekolah rendah lagi.

Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.Tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.Pelaksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen.

Diharapkan metapelajaran Sejarah ini dianggap sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,”

1/12/11

~TEACHER IN YOU~

Does being a teacher teach you anything?
My answer would be “loads”. I have learnt so much from being a teacher. There’ll never be an ending to what I can still learn. Mentoring, coaching, training, counselling skills – all these I learnt from teaching.

Being a more accepting person — less ready to condemn and more ready to forgive and move forward — all this, I learnt from teaching.
Practising the habit of being honest, non-prejudicial, just, fair, caring, kind — this too came as an added bonus.

Understanding myself, knowing how I was viewed by others and realising what I needed to do to improve every day came directly from my teaching experience too.

The most important thing I learnt? How you are as a person is reflected by the look on the faces of your students.

When you do a good job, you see the look of enlightenment and appreciation on them. When you care, they often care too. And, if you don’t, they couldn’t care less.

PENTAKSIRAN KSSR

Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid.

Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapaai standard yang ditetapkan.

PERBEZAAN KBSR DAN KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang:
• Komunikasi
• Manusia dan alam sekeliling
• Perkembang diri Individu

Bahan kurikulum:
• Sukatan pelajaran

Reka bentuk kurikulum:
• Linear

Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
• Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
• Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan

Elemen Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif Fokus:
3M (Membaca, menulis dan mengira)

Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)


Reka bentuk kurikulum berasaskan enam tunjang:
• Komunikasi
• Kerohanian, sikap dan nilai
• Kemanusiaan,
• Perkembangan fizikal dan estetika
• Sains dan teknologi
• Ketrampilan diri

Bahan Kurikulum:
• Dokumen Standard Kurikulum

Reka bentuk kurikulum:
• Modular

Organisasi kurikulum:
Tahap I (Tahun 1,2 dan 3)
• Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan modul Elektif.

Tahap II (tahun 4, 5 dan 6)
• Mata pelajaraan Teras dan Elektif

Elemen Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit.
Fokus:
4M (Membaca, menulis dan menaakul)

1/7/11

TARIKH PEPERIKSAAN

UPSR
Ujian Bertulis
13 - 15 September 2011
(3 hari)

PMR
Ujian Bertulis 4-6 Oktober 2011 (5 hari)

11 - 12 Oktober 2011


SPM
Amali

Ujian Bertulis

14 November - 14 Disember 2011 (16 hari)

STPM
Ujian Lisan
Ujian Bertulis

20 - 22 Sept & 27 - 29 Sept 2011
21 November 2011 - 15 Disember 2011


STAM
Ujian Lisan 11 - 14 Julai 2011 & 18 - 21 Julai 2011
Ujian Bertulis 12 - 13 Okt 2011 & 17 - 19 Okt 2011 (5 hari)

SPM (ULANGAN)
Ujian Lisan

Ujian Bertulis 15 -17 Jun 2011 (3 hari)

13- 14 Jun 2011 (2 hari)

Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP) : 15 - 17 Jun 2011 (3 hari)

* Tarikh-tarikh yang dinyatakan adalah tertakluk kepada pindaan.
Sebarang pertanyaan berkaitan takwim peperiksaan bolehlah menghubungi talian berikut:
UPSR : 03 - 8884 3382
PMR : 03 - 8884 3394
SPM : 03 - 8884 3330
STAM : 03 - 8884 3340
Peperiksaan Luar Negeri : 03 - 8884 3346

1/5/11

MAJLIS SUAI KENAL.......






Hari ini, 5 Januari 2011 bersamaan hari Rabu satu majlis suai kenal di antara guru-guru dan kakitangan sekolah dengan guru besar baru Encik Jaluddin bin Buang telah diadakan.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN













Hari ini 3 Januari 2011 bersamaan hari Isnin sesi persekolahan 2011 bermula. Ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka pada hari pertama persekolahan terutamanya anak-anak yang baru melangkah ke alam persekolahan tidak kira prasekolah atau pun ke tahun satu.

Sebelum murid-murid belajar di dalam kelas, satu perhimpunan telah diadakan untuk menghimpunkan murid-murid dan guru-guru. Pada hari inilah dua orang guru yang di'rediploymen'kan iaitu Puan Faridah binti Misnoh dan Puan Siti Halijah binti Naba dari SK Sungai Rawang dan guru besar baru Encik Jaluddin bin Buang yang sebelum ini bertugas sebagai GPK1 SK Sungai Pelek turut hadir pada perhimpunan pertama persekolahan ini.





1/2/11

SELAMAT BERSEKOLAH

Esok, 3 Januari 2011 bersamaan hari Isnin akan bermulanya Hari Persekolahan Sesi 2011. Semoga guru-guru dapat menjalankan tugas dengan ikhlas. Amin ya rabbalalamin.

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)