2/26/11

Mesyuarat Agung PIBG 2011

Mesyuarat Agung 2011 berjalan lancar
dalam suasana yang harmoni


~Rakaman sepanjang Majlis Mesyuarat Agung 2011~

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bangkong(A) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini pada bertempat di Dewan SK Bukit Bangkong(A). Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan pendaftaran oleh ahli-ahli PIBG. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, Puan Raziana yang mewakili Encik Jamaluddin, Yang Dipertua PIBG yang tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti, dan ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SK Bukit Bangkong(A).

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar, Encik Jaludin bin Buang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SK Bukit Bangkong(A), dan kepentingan ibu-bapa memastikan agar anak masing-masing menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Bangkong(A)pula telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah.

Selesai perasmian, acara cabutan bertuah dan juga penyampaian cenderahati telah dilaksanakan. Setelah itu, semua yang hadir telah dijemput menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak pengelola majlis. Majlis kemudiannya disambung dengan sesi Mesyuarat Agung yang dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, En. Ab Wahab bin Salleh. Rekod kewangan pula telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Puan Fateha binti Abu Yamin sejurus sebelum pembahasan usul-usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu-bapa. Selepas pembahasan usul. Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Bangkong(A) pada tahun ini kemudiannya ditutup dengan ucapan penangguhan oleh Naib YDP PIBG. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bangkong(A) mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak dalam menjayakan agenda PIBG dan sekolah untuk tahun 2011.

2/21/11

Majlis Jasamu di kenang (19/2/2011)






Selepas tamat program Maulidur Rasul satu Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di LKIM, Bagan Lalang. Majlis ini bermula pada pukul 1.00tgh hingga pukul 3.00petang.

Majlis ini diadakan bagi meraikan perpindahan Mantan Guru Besar, Puan Miskina binti Musri ke Pejabat Pelajaran Daerah Sepang sebagai Pegawai Penyelaras ICT dan juga Puan Juliana binti Kobiri ke SK Methodist, Sungai Pelek. Majlis yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan SK Bukit Bangkong ini yang diterajui oleh Puan Noriyati binti Tasiman bersama AJK beliau bermula jam 1.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang telah dihadiri oleh semua guru serta Kakitangan dan PIBG Sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mazlan bin Haji Sirat. Majlis bersambung dengan ucapan oleh Guru Besar Encik Jaludin bin Buang dan juga tetamu yang diraikan pada hari tersebut Puan Miskina dan Puan Juliana. Selesai ucapan, acara penyampaian hadiah dan penyampaian kek harijadi kepada beberapa orang guru sekolah ini. Seterusnya, semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan makan tengah hari bersama-sama yang diraikan.

Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman di antara tetamu yang diraikan dengan guru-guru, kakitangan dan juga ahli PIBG yang hadir pada hari itu. Terima kasih kepada pihak yang terlibat melaksanakan majlis ini dengan jayanya.

2/19/11

Sambutan Maulidur Rasul


Pada hari ini, 19 Februari 2011, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada peringkat sekolah sempena menyambut ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.dengan tema 1 malaysia, 1 ummah.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengembalikan ingatan kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Selain itu ia juga bertujuan untuk memantapkan lagi penghayatan kita terhadap pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan syiar Islam di bumi ini dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW.

Seawal jam 8.30 pagi, semua pelajar telah berkumpul dan berbaris untuk majlis perarakan. Pelajar telah berarak bersama-sama para guru serta pihak pentadbiran sekolah sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Setelah tiba kembali semula di sekolah, pelajar-pelajar semua berhimpun di Dewan Terbuka, majlis di teruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mazlan bin Haji Sirat dan Ustazah Siti Salmah binti Othman. Diharapkan ceramah yang disampaikan sedikit sebanyak dapat melahirkan insan yang taat akan ajaran Rasulullah s.a.w.

Di sini untuk tatapan gambar sepanjang berlangsungnya majlis.

Sejarah Nabi untuk renungan kita bersama.....

Hari ni bertarikh 12 Rabiul Awal 1431 Hijriah iaitu ulang tahun kelahiran Nabi kita Muhammad S.A.W. Sama-sama kita banyakkan selawat ke atas baginda. Bukannya pada hari ni sahaja, tapi hari-hari lain jugak. Peristiwa penting yang telah berlaku pada bulan 3 dalam kalendar Islam ni. Antaranya :

•Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw.
Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awal di setiap tahun sehinggalah sekarang.

•Perlantikan Nabi menjadi Rasul.
Di bulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

•Peristiwa Hijrah
Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

•Peperangan
Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

•Wafatnya Nabi Muhammad Rasulullah saw.
Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

•Abu Bakar ra. Menjadi Khalifah
Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

•Pembukaan Negara Iraq
Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

•Pembukaan Baitul Muqaddis
Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

•Kejatuhan Empayar kerajaan Islam
Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

2/14/11

BADAN KEBAJIKAN SK BUKIT BANGKONG(A) SESI 2011/2012


Lantikan baru bagi sesi 2011/2012 telah dijalankan pada 7 Februari 2011. Berikut adalah keputusan pengundian. Tahniah kepada barisan yang baru dilantik.

Penasihat : Encik Jaludin bin Buang
Pengerusi : Puan Noriyati binti Tasiman
Setiausaha : Puan Zubedah binti Jaafar
Bendahari : Cik Devaki a/p Periasamy
AJK : Semua guru dan kakitangan

Biro Makanan
Puan Jamila binti Mohd Kusaini

Biro Pelancongan dan Perhubungan
En Ab Wahab bin Salleh

Biro Sosial/Kebajikan
Puan Fateha binti Abu Yamin

2/9/11

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Kejohanan Merentas Desa Sekolah pada tahun ini telah diadakan pada 14 Januari 2011 bersamaan hari Jumaat telah disempurnakan dengan jayanya.

Rumah Kuning telah muncul sebagai JOHAN keseluruhan pada kejohanan kali ini dengan menewaskan rumah-rumah lain iaitu Rumah Merah dan Rumah Biru. Tahniah kepada semua ahli Rumah Kuningdi atas kejayaan ini.

Pelajar-pelajar dan guru-guru telah bersedia sejak awal pagi lagi memberi taklimat strategi pasukan serta membuat senaman regangan sebelum kejohanan bermula.

Para pelajar dapat menamatkan larian dengan begitu bersemangat dalam cuaca yang redup dan nyaman. Syukur semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kemalangan sehingga sesi penyampaian hadiah dijalankan.

Semoga Kejohanan Merentas Desa Kali pada tahun 2012 akan lebih meriah dan berjaya.

p/s : Gambar akan diupload kemudian
Program Maju Diri (PMD) sekolah rendah adalah satu pendedahan dan pengalaman baru dalam wadah pendidikan sejajar dengan era masa kini. Program ini boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah umumnya dan pelajar khususnya untuk mencari arah dan hala tuju serta mengembangkan potensi yang ada untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan sahsiah. Pendidikan dan kecemerlangan adalah aspek penting yang perlu ditekankan kepada pelajar kerana dengan pendidikan yang sempurna dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dapat melahirkan individu yang boleh berjasa kepada diri, ibubapa, keluarga, dan masyarakat.

Matlamat Program Maju Diri (PMD) adalah untuk melahirkan murid sekolah rendah berwatak dan berwibawa, serta lebih berkemahiran yang dapat meningkatkan potensi diri bagi mencapai kejayaan yang cemerlang.

Setelah murid-murid berpeluang mengikuti dan menjalani sepenuhnya program ini , murid-murid dapat:
Mengenal potensi diri dan membina wawasan diriMerasa yakin pada diri sendiriMengenalpasti dan mempraktikkan salah satu kemahiran belajar yang berkesan.Mengetahui bidang kerjaya yang bakal mereka tempuhi.Mengenal dunia kerjaya sebagai perangsang masa depan.
Perlaksanaan

Semua guru Tahun 4, 5, dan 6 bertindak sebagai fasilitator .

Tarikh : 12-14 Januari 2011
Hari : Rabu - Jumaat
Masa : 8.00 pagi - 12.50 tengahari
Tempat : Makmal Sains

Sasaran : Semua murid Tahun 4, 5, dan 6 adalah merupakan
kumpulan sasaran yang terlibat secara langsung
dalam program ini.

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)