2/17/12

SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL 2012

Tarikh : 10 Februari 2012Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Terbuka dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong
Tema : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Semua Warga sekolah bersolat Dhuha sebelum perarakan bermula
Murid-murid bersedia untuk berarak dengan memegang sepanduk

Murid-murid berarak bersama dengan Guru Besar sambil berselawat
ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Bacaan Ayat Suci Al-Quran

Persembahan Nasyid oleh murid-murid Tahun 5

Deklamasi sajak oleh Ustazah Siti Salmah
Seawal jam 7.30 pagi warga SKBB(A) mendirikan solat Dhuha secara berjemaah di Dewan Terbuka untuk memohon kurniaan rezeki, tetapi kita perlu bersihkan diri daripada segala daki dosa dengan bertaubat. Selesai solat Dhuha, semua warga SKBB(A) memulakan berarak keliling Kampung Orang Asli Bukit Bangkong sempena sambutan Maulidur Rasul. Sambil berarak, semua warga SKBB(A) berselawat ke atas Junjungan Besar Rasullullah S.A.W. Selepas itu, majlis diteruskan dengan perhimpunan di Dataran Terbuka. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Kemudian majlis diimarahkan lagi dengan ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rusdi. Antara objektif sambutan Maulidur Rasul 1433H yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah untuk  :-
  • mengingatkan tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
  • meningkatkan kecintaan dan memuliakan Rasullullah S.A.W
  • mengetahui dan mempelajari sirah Rasullullah S.A.W
  • mencontohi serta mengamalkan akhlak mulia
  • memperbanyakkan selawat kepada Rasullullah S.A.W
"Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat."

2/16/12

PELANTIKAN PENGAWAS 2012

Tarikh : 20 Januari 2012
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Terbuka SKBB(A)







P/s Semoga mereka dapat melaksanakan tugas dengan cemerlang.

PERHIMPUNAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2012

Tarikh : 4 Januari 2012
Hari : Rabu
Tempat : Tapak Perhimpunan

Semua guru hadir
Guru bertugas : Puan Roszalina bt Mokhtar
Semua murid hadir dengan pakaian baru

Guru Besar : En Jaludin bin Buang
Guru baru bertukar : Puan Sapiah binti Abdullah
 
GPK HEM : Puan Siti Normah binti Subari



GPK KOKO : Encik Nor Izzam b Mohamed Nuri

Semua murid sedang mendengar ucapan dari guru bertugas


Kelihatan sebahagian guru-guru perempuan SK Bukit Bangkong(A)

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)