4/30/12

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1976

4/22/12

HARI RAMAH MESRA

Tarikh   : 21.4.2012
Hari      : Sabtu
Masa    : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Sumber Kewangan : PIBG SK Bukit Bangkong(A) dan MAIS
Tempat : Dewan Terbuka, Dewan Tertutup dan Padang Sekolah

Program yang julung kalinya diadakan dengan melibatkan 4 pihak, iaitu pihak guru dan staf, ibu bapa/penjaga, murid bersama pihak agensi luar seperti AADK dan Bomba. Di antara objektif diadakan program yang sebegini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa peri pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru-guru dan staf sekolah dan komuniti luar sekolah selain memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Akhirnya melalui program ini juga diharapkan akan dapat mengikat hubungan baik antara pihak sekolah, ibu bapa dam agensi-agensi kerjaan yang lain seperti AADK dan juga pihak bomba.







4/19/12

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 13 Januari 2012
Masa : 8.00 pagi


Murid memanaskan badan terlebih dahulu sebelum berlari
Murid-murid lelaki memulakan larian
 

Peserta merentas desa kategori lelaki sedang berlumba antara satu sama lain

Peserta perempuan yang mendapat tempat pertama dan kedua

Peserta lelaki yang mendapat tempat pertama dan kedua

Pemenang menerima hadiah dari Encik Mohd Noh (GPK1)

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

Tarikh : 17 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Perasmi : Encik Nisman bin Yusof (Pegawai Khas Parlimen Sepang)

Yang Berbahagia En Nisman, Encik Jaludin (GB) dan Encik Jamaludin (YDP)

Sebahagian ibu / penjaga yang hadir ke mesyuarat sedang kyusuk mendengar
ucapan dari Yang Berbahagia Encik Nisman

YDP PIBG menyampaikan ucapan

Yang Berbahagia Encik Nisman sedang menyampaikan ucap utama

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2012/2013 sedang berlangsung

Encik Mazlan mempengerusikan Mesyuarat Agung pada kali ini


Batin Adit bin Ari meyampaikan sumbangan dari JKKK kepada murid yang
cemerlang dalam UPSR 2011

Sebahagian kaum ibu yang hadir bersama anak-anak

e-CREATIVITY Online Game

Tarikh   :
Tempat  : MyCore, Cyberjaya
Peserta  : Muhammad Amirul bin Hazlan
                Muhammad Amirul Ikmal bin Naszari
                Muhammad Aidil Azam bin Md Nasir
                Muhammad Zulhamizan bin Huzaini
Guru     : Puan Noriyati binti Tasiman







PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)