1/21/13

Perlantikan Pengawas Pusat Sumber Sumber

     Satu majlis watikah perlantikan PSS SK Bukit Bangkong (A) telah diadakan pada hari ini, 21 Januari 2013 di Dewan Terbuka SK Bukit Bangkong (A).

     Majlis yang dikelolakan oleh JK PSS ini bertujuan untuk memberi dorongan dan rasa tanggungjawab sebagai pemimpin kepada pelajar-pelajar yang terpilih.

     Di akhir majlis tersebut, semua pengawas PSS bagi tahun 2013 telah melafazkan ikrar dengan pimpinan ketua pengawas PSS, adik Nursyuhadah binti Mohamad.

Beginilah suasana majlis tersebut.

1/16/13

Perjumpaan Kokurikulum Kali Pertama

Tarikh : 16 Januari 2013
Hari : Rabu
Masa : 3.30 petang - 5.30 petang
Atur cara : Mesyuarat JK Unit Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan.