SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong merupakan salah sebuah sekolah rendah kategori luar bandar di negeri Selangor. Ia merupakan sebuah sekolah yang terletak di perkampungan orang Asli suku Mah Meri. Uniknya sekolah ini adalah pemangkin kepada pembangunan minda dan kesedaran keilmuan dari kalangan masyarakat orang Asli di sini.
Sejarah Penubuhan Sekolah. Pada tahun 1955, Penasihat orang-orang Asli Tanah Melayu, Dr Iskandar Yusof Carey dan Encik Hussein b Inas serta dipersetujui oleh Tok Batin telah membuat bangsal secara gotong-royong. Perbelanjaan membina bangsal tersebut telah dibiayai oleh JOA menempatkan anak-anak orang Asli dan dinamakan Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A).
Pada mulanya seramai 13 orang murid orang Asli dan seorang guru berpendidikan Sekolah Melayu sebagai tenaga pengajar iaitu Encik Osman b Hj Yunus. Pada tahun 1956 pertambahan murid berlaku dan sebuah bangunan dibina menempatkan seramai 60 orang murid. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor pada 15 Oktober 1956.
Pada tahun 1995 Pengurusan SK Kebangsaan Bukit Bangkong(A) telah diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan.

Senarai Nama Guru Besar

1. Encik Osman bin Haji Yunus 1955-1962
2. Encik Kassim bin Haji Arif 1963-Feb 1988
3. Tuan Haji Samsusah bin Manijo 1.3.1988-30.6.1989
4. Tuan Haji Ibrahim bin Jaafar 1.7.1989-30.6.1996
5. En. Mohd. Tasrib bin Marpongi 1996 - 2001
5. Tuan Hj. Mohd. Rashid Bin hamid 2001 - 2008
6. Puan Miskina binti Musri 2008-2010
7. Hj. Jaludin bin Buang 2010- 2013
8. Puan Hjh. Kamaliah Bte. Osman Palil 2013 - 2016

No comments:

Post a Comment

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)