Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

LAWATAN PEGAWAI-PEGAWAI PPK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Imej
Pada 30 Mac 2010 telah berlangsungnya satu lawatan oleh pegawai-pegawai dari Perkembangan Kurikulum Malaysia ke SK Bukit Bangkong. Lawatan ini diketuai oleh Dr Ng Soon Boon dengan ahli rombongan seramai 50 orang pegawai telah melawat ke Prasekolah An-Nur dan Prasekolah Az-Zahrah. Dr Ng Soon Boon dan ahli rombongan sampai di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong pada pukul 9.00 pagi disambut oleh Puan Miskina binti Musri (Guru Besar) dan Encik Mohd Noh b Ismail (GPK1) serta pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber. Seterusnya rombongan dibawa ke makmal sains untuk diberi taklimat serba sedikit tentang sekolah dan prasekolah yang ada di SK Bukit Bangkong oleh Puan Guru Besar. Selepas taklimat, ahli rombongan dibawa melawat prasekolah An-Nur dan prasekolah Az-Zahrah. Setelah menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak sekolah, akhirnya pada pukul 12.00 tengah hari ahli rombongan bertolak pulang meninggalkan SK Bukit Bangkong ke Hotel EMpress tempat mereka berkursus.

KELAS TAMBAHAN TAHUN 6

Imej
Amboi, senyum nampak! Wah, tekunnya! Nampak bersemangat menghadiri kelas tambahankali pertama ni. Apa yang seronok sangat tu.... Kelas tambahan UPSR untuk murid-murid tahun enam bermula juga hari ini. Seperti yang dirancang oleh unit Kurikulum, Program kelas tambahan ini berobjektif untuk meningkatkan lagi keupayaan murid agar mempunyai daya tahan diri yang kuat. Di samping itu, murid didedahkan dengan seberapa banyak soalan berkaitan dengan mata pelajaran UPSR. Mengikut takwim kelas tambahan ini akan bermula pada hari ini 6 Mac 2010. Kelas tambahan UPSR ini akan terus dilaksanakan setiap hari Sabtu oleh guru-guru mata pelajaran secara sukarela. Setiap minggu dua orang guru akan mengajar selama dua jam bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Pada kelas tambahan yang pertama ini, kedatangan murid adalah amat menggalakkan dan mereka menunjukkan muka yang ceria dan bersemangat untuk belajar.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Imej
Murid-murid dan guru-guru berkumpul di hadapan sekolah bersama sepanduk sebelum perarakan bermula . Hari ini dalam sejarah murid-murid dan guru-guru menyambut Maulidur Rasul dengan berarak keliling Kampung Orang Asli Bukit Bangkong. Nampak meriah sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Seorang murid Tahun 3 sedang membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Persembahan Nasyid oleh murid-murid 5 dan Tahun 6. Deklamasi sajak oleh adik Ilyanna murid Tahun 3 Ceramah mengenai kisah Nabi Muhammad s.a.w yang disampaikan oleh seorang penceramah jemputan. Pada hari ini, 5 Mac 2010 bersamaan 19 Rabiulawal 1413H telah berlangsung satu program sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah di SK BUKIT BANGKONG. Program yang julung kali diadakan ini yang disambut pada 12 Rabiulawal ini setiap tahun bertujuan untuk mengingati kelahiran nabi kita, Nabi Muhammad S.A.W .serta perjuangan Baginda yang perlu diteruskan oleh umat Islam pada masa kini. Slogan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini adalah ...

MESYUARAT AGUNG PIBG

Imej
Mesyuarat Agung dijalankan untuk membuat Pemilihan Jawatankuasa Sesi 2010/2011 Sebahagian ibu bapa dan penjaga yang hadir ke Mesyuarat pada kali ini Puan Fatimah binti Haji Tamin (wakil dari PPD Sepang hadir sebagai perasmi Mesyuarat Agung Sesi 2010 Ibu-ibu yang sedang asyik mendengar ucapan dari wakil PPD Sepang Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2010 telah diadakan di dewan SK Bukit Bangkong pada petang semalam, 1 Mac 2010 dengan jayanya. Mesyuarat yang bermula pada pukul 2.30 petang, telah dirasmikan oleh Puan Fatimah binti Haji Tamin wakil dari Pejabat Pelajaran Daerah Sepang. Sewaktu ucapan perasmian, beliau telah memuji pencapaian murid SK Bukit Bangkong dalam kurikulum dan kokurikulum. Beliau juga berharap agar ibu bapa murid memberikan komitmen kepada pihak sekolah dalam menjalankan aktiviti yang dirancang. Mesyuarat berlangsung selepas itu. Pelantikan Jawatankuasa bagi sesi 2010/2011 telah dijalankan dan bagi pemilihan YDP, sebulat suara ahli telah memilih Encik Jamaluddin bin Bayan. M...