Hari Guru merupakan hari bagi kita mengenang dan berterima kasih kepada para guru dan para pendidik diatas segala bentuk pengorbanan dan sumbangan serta khidmat bakti. Justeru itu, sambutan Hari Guru SKBB(A) dijadikan satu program tahunan bagi menghargai sumbangan dan jasa guru yang tidak jemu mendidik anak bangsa. Pada tahun ini Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah telah diadakan pada:- Tarikh : 20 Mei 2011 Hari : Jumaat Tempat : Dewan Terbuka dan padang sekolah Masa : 7.35 pagi hingga 12 tengahari Program ini dianjurkan oleh Badan Kebajikan SK Bukit Bangkong merupakan acara tahunan di sekolah ini.Pelbagai acara telah dijalankan, antaranya Ucapan oleh Ketua murid, Ucapan Guru Besar, Persembahan oleh guru dan murid-murid yang diadakan di Dewan Terbuka sekolah. Selepas rehat, acara sukaneka dan permainan bola baling dijalankan di padang sekolah dengan disertai oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Program yang dijalankan ini diharapkan dapat meningkatkan lagi keakraban dikalangan guru...