Mesyuarat Agung PIBG 2011
Mesyuarat Agung 2011 berjalan lancar dalam suasana yang harmoni ~Rakaman sepanjang Majlis Mesyuarat Agung 2011~ Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bangkong(A) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini pada bertempat di Dewan SK Bukit Bangkong(A). Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan pendaftaran oleh ahli-ahli PIBG. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, Puan Raziana yang mewakili Encik Jamaluddin, Yang Dipertua PIBG yang tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti, dan ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SK Bukit Bangkong(A). Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar, Encik Jaludin bin Buang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SK Buk...