Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel akademik

Hari Bertemu Pelanggan 2011

Imej
Tarikh : 24.6.2011 Hari : Jumaat Masa : 9.00 pagi Tempat : Bilik darjah Pihak sekolah telah mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan dimana para ibubapa hadir ke sekolah untuk berjumpa guru kelas anak masing-masing. Program ini mendapat sambutan yang baik dari ibubapa. Hari Bertemu Pelanggan adalah hari yang membolehkan para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang semua perkara yang berkaitan dengan perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing di samping kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu yang berbangkit. Ibu bapa atau penjaga pelajar sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi JERI berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bagi menyediakan generasi pelapis ini kepada persekitaran y...

Kelas Tambahan Masa Cuti

Imej
Kelas tambahan untuk murid-murid Tahun 5 dan 6 bermula pada 30 Mei hingga 2 Jun 2011 dan akan di sambung pada 7 jun hingga 9 Jun 2011. Kelas tambahan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Semua murid yang terlibat diberikan minum pada pukul 10.00 pagi mendapat peruntukkan dari pihak JAKOA.

SUBJEK SEJARAH DIPERKENALKAN DI SEKOLAH RENDAH 2014

Selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menjadikan subjek Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk Sijil Pelajaran Malaysia SPM, kini mata pelajaran itu akan mula diperkenalkan bermula dari sekolah rendah lagi. Matapelajaran sejarah akan mula diperkenalkan di semua sekolah rendah seluruh negara pada tahun 2014.Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beberapa penambahan baru akan dimasukkan pada subjek Kajian Tempatan yang diajar pada murid tahap dua di sekolah rendah ketika ini.Tambahan yang dibuat pada subjek tersebut termasuk aspek kewarganegaraan, patriotisme dan perlembagaan negara.Pelaksanakan subjek Sejarah di sekolah rendah dengan konsep seperti ‘education is fun’ dengan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat bersejarah dan rombongan ke Parlimen. Diharapkan metapelajaran Sejarah ini dianggap sebagai matapelajaran yang mudah difahami dan dihayati murid sekolah rendah,”

PENTAKSIRAN KSSR

Bagi menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) lebih menyeronokkan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah KSSR tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Kaedah pentaksiran akan dilaksanakan berasaskan sekolah. Pelbagai kaedah akan digunakan supaya penilaian bersifat lebih autentik dan holistik. Pentaksiran akan lebih berbentuk formatif, dilaksanakan secara berterusan bagi mengesan perkembangan dan pencapaian murid. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan murid supaya murid mencapaai standard yang ditetapkan.