Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Permuafakatan

Sambutan Hari Raya 2011 Peringkat Sekolah

Imej
سلامت هاري راي عيدالفطري Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Tarikh: 6 September 2011 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Terbuka SKBBA Pakaian lelaki : Baju Melayu Pakaian perempuan: Baju Kurung Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd! Itulah gemanya suara takbir dan seruan kemenangan diangkasa.Selepas mengharungi cabaran, menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan. Umat Islam di seluru dunia kini meraikan akan kemenangan mereka dengan mengadakan sambutan Hari Raya di seluruh pelusuk dunia. Warga SK Bukit Bangkon(A) juga tidak lupa untuk mengadakan acara Sambutan Hari Raya pada hari Selasa, 6 September 2011. Pelbagai juadah telah disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Tahniah kepada semua warga SK Bukit Bangkong(A) yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah.

GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010

Imej
Hari ini, 15 Mei 2010 bersamaan hari Sabtu, satu Program Gotong Royong Perdana sempena Sambutan Hari Guru yang akan disambut pada esok 16 Mei 2010. Program yang dijalankan serentak di semua sekolah di seluruh negara ini bertujuan untukmengurangkan risiko wabak denggi yang kian meruncing di kala ini, di samping itu dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara ibubapa murid dengan guru-guru dan pentadbir sekolah. Di Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong, program gotong-royong ini diadakan seawal jam 8.30 pagi melibatkan warga sekolah dan warga PIBG. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari ini seperti menanam benih pokok bunga dan pokok buah-buahan di sekeliling kawasan sekolah, membersihkan kelas-kelas dan mengeacat tembok dewan terbuka sekolah. Alhamdulilah, program dapat dilaksanakan dengan jayanya.