Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Mesyuarat Agung PIBG 2011

Imej
Mesyuarat Agung 2011 berjalan lancar dalam suasana yang harmoni ~Rakaman sepanjang Majlis Mesyuarat Agung 2011~ Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bangkong(A) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini pada bertempat di Dewan SK Bukit Bangkong(A). Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan pendaftaran oleh ahli-ahli PIBG. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, Puan Raziana yang mewakili Encik Jamaluddin, Yang Dipertua PIBG yang tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti, dan ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SK Bukit Bangkong(A). Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar, Encik Jaludin bin Buang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SK Buk...

Majlis Jasamu di kenang (19/2/2011)

Imej
Selepas tamat program Maulidur Rasul satu Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di LKIM, Bagan Lalang. Majlis ini bermula pada pukul 1.00tgh hingga pukul 3.00petang. Majlis ini diadakan bagi meraikan perpindahan Mantan Guru Besar, Puan Miskina binti Musri ke Pejabat Pelajaran Daerah Sepang sebagai Pegawai Penyelaras ICT dan juga Puan Juliana binti Kobiri ke SK Methodist, Sungai Pelek. Majlis yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan SK Bukit Bangkong ini yang diterajui oleh Puan Noriyati binti Tasiman bersama AJK beliau bermula jam 1.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang telah dihadiri oleh semua guru serta Kakitangan dan PIBG Sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mazlan bin Haji Sirat. Majlis bersambung dengan ucapan oleh Guru Besar Encik Jaludin bin Buang dan juga tetamu yang diraikan pada hari tersebut Puan Miskina dan Puan Juliana. Selesai ucapan, acara penyampaian hadiah dan penyampaian kek harijadi kepada beberapa orang guru sekolah ini. Seterusnya, semua y...

Sambutan Maulidur Rasul

Imej
Pada hari ini, 19 Februari 2011, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada peringkat sekolah sempena menyambut ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.dengan tema 1 malaysia, 1 ummah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengembalikan ingatan kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Selain itu ia juga bertujuan untuk memantapkan lagi penghayatan kita terhadap pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan syiar Islam di bumi ini dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW. Seawal jam 8.30 pagi, semua pelajar telah berkumpul dan berbaris untuk majlis perarakan. Pelajar telah berarak bersama-sama para guru serta pihak pentadbiran sekolah sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Setelah tiba kembali semula di sekolah, pelajar-pelajar semua berhimpun di Dewan Terbuka, majlis di teruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mazlan bin Haji Sirat dan Ustazah Siti Salmah binti Othman. Diharapkan ceramah yang disampaikan sedikit sebanyak dapat melahir...

BADAN KEBAJIKAN SK BUKIT BANGKONG(A) SESI 2011/2012

Imej
Lantikan baru bagi sesi 2011/2012 telah dijalankan pada 7 Februari 2011. Berikut adalah keputusan pengundian. Tahniah kepada barisan yang baru dilantik. Penasihat : Encik Jaludin bin Buang Pengerusi : Puan Noriyati binti Tasiman Setiausaha : Puan Zubedah binti Jaafar Bendahari : Cik Devaki a/p Periasamy AJK : Semua guru dan kakitangan Biro Makanan Puan Jamila binti Mohd Kusaini Biro Pelancongan dan Perhubungan En Ab Wahab bin Salleh Biro Sosial/Kebajikan Puan Fateha binti Abu Yamin

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah

Kejohanan Merentas Desa Sekolah pada tahun ini telah diadakan pada 14 Januari 2011 bersamaan hari Jumaat telah disempurnakan dengan jayanya. Rumah Kuning telah muncul sebagai JOHAN keseluruhan pada kejohanan kali ini dengan menewaskan rumah-rumah lain iaitu Rumah Merah dan Rumah Biru. Tahniah kepada semua ahli Rumah Kuningdi atas kejayaan ini. Pelajar-pelajar dan guru-guru telah bersedia sejak awal pagi lagi memberi taklimat strategi pasukan serta membuat senaman regangan sebelum kejohanan bermula. Para pelajar dapat menamatkan larian dengan begitu bersemangat dalam cuaca yang redup dan nyaman. Syukur semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan kemalangan sehingga sesi penyampaian hadiah dijalankan. Semoga Kejohanan Merentas Desa Kali pada tahun 2012 akan lebih meriah dan berjaya. p/s : Gambar akan diupload kemudian
Program Maju Diri (PMD) sekolah rendah adalah satu pendedahan dan pengalaman baru dalam wadah pendidikan sejajar dengan era masa kini. Program ini boleh dimanfaatkan oleh pihak sekolah umumnya dan pelajar khususnya untuk mencari arah dan hala tuju serta mengembangkan potensi yang ada untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik dan sahsiah. Pendidikan dan kecemerlangan adalah aspek penting yang perlu ditekankan kepada pelajar kerana dengan pendidikan yang sempurna dan seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dapat melahirkan individu yang boleh berjasa kepada diri, ibubapa, keluarga, dan masyarakat. Matlamat Program Maju Diri (PMD) adalah untuk melahirkan murid sekolah rendah berwatak dan berwibawa, serta lebih berkemahiran yang dapat meningkatkan potensi diri bagi mencapai kejayaan yang cemerlang. Setelah murid-murid berpeluang mengikuti dan menjalani sepenuhnya program ini , murid-murid dapat: Mengenal potensi diri dan membina wawasan diriMerasa yakin pada diri...