Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel keagamaan

Sambutan Maulidur Rasul

Imej
Pada hari ini, 19 Februari 2011, sambutan Maulidur Rasul telah diadakan pada peringkat sekolah sempena menyambut ulang tahun kelahiran baginda Rasulullah s.a.w.dengan tema 1 malaysia, 1 ummah. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengembalikan ingatan kita kepada junjungan Nabi Muhammad SAW. Selain itu ia juga bertujuan untuk memantapkan lagi penghayatan kita terhadap pengorbanan Rasulullah SAW dalam menyebarkan syiar Islam di bumi ini dan mengamalkan sunnah-sunnah Nabi Muhammad SAW. Seawal jam 8.30 pagi, semua pelajar telah berkumpul dan berbaris untuk majlis perarakan. Pelajar telah berarak bersama-sama para guru serta pihak pentadbiran sekolah sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Setelah tiba kembali semula di sekolah, pelajar-pelajar semua berhimpun di Dewan Terbuka, majlis di teruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Mazlan bin Haji Sirat dan Ustazah Siti Salmah binti Othman. Diharapkan ceramah yang disampaikan sedikit sebanyak dapat melahir...