Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Program Asrama Mini 2011

Imej
Tarikh : 7 September 2011 hingga 15 September 2011 Masa : Sepenuh masa Sasaran : Murid Tahun 6 Tenaga Pengajar : Guru Tahun 6 Perbelanjaan : JAKOA Program ini merupakan satu program kecemerlangan UPSR yang dilaksanakan setiap tahun di SK Bukit Bangkong(A). Program ini bertujuan menempatkan murid-murid yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR di sekolah dan bertujuan untuk memberi bimbingan yang berterusan di dalam pelajaran. Pada masa yang sama memastikan mereka hadir dan menduduki peperiksaan pada hari yang telah ditentukan.Diharapkan dengan adanya program ini, pelajar dapat memanfaatkan masa pelajar bersama guru untuk mengutip seberapa banyak ilmu dari guru dalam menghadapi peperiksaan UPSR dan mencapai kecemerlangan seperti yang diharapkan.

Sambutan Hari Raya 2011 Peringkat Sekolah

Imej
سلامت هاري راي عيدالفطري Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah Tarikh: 6 September 2011 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Terbuka SKBBA Pakaian lelaki : Baju Melayu Pakaian perempuan: Baju Kurung Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Walillahilhamd! Itulah gemanya suara takbir dan seruan kemenangan diangkasa.Selepas mengharungi cabaran, menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadhan. Umat Islam di seluru dunia kini meraikan akan kemenangan mereka dengan mengadakan sambutan Hari Raya di seluruh pelusuk dunia. Warga SK Bukit Bangkon(A) juga tidak lupa untuk mengadakan acara Sambutan Hari Raya pada hari Selasa, 6 September 2011. Pelbagai juadah telah disediakan oleh guru-guru dan kakitangan sekolah. Tahniah kepada semua warga SK Bukit Bangkong(A) yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis sambutan hari raya peringkat sekolah.

Majlis Persaraan Tn Hj Mohd Torsiman b Ismail

Imej
Satu Majlis Persaraan Tn Hj Mohd Torsiman b Ismail telah diadakan pada 5 September 2011. Majlis ringkas itu diadakan di Dewan Terbuka SK Bukit Bangkong(A) dari pukul 11.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari. Pada sebelah petang pula diadakan majlis High-Tea di Hotel Alsson Klana, Nilai. Berikut adalah maklumat ringkas pesara yang diraikan: Nama : Tn Hj Mohd Torsiman b Ismail Jawatan : PRA (Pekerja Rendah Awam Lahir : 5 September 1953 Status : Berkahwin (3 orang anak) Sejarah Perkhidmatan:-