Gotong-royong Menceriakan Kawasan Sekolah
Tarikh : 15 Julai 2012 Tempat : SK Bukit Bangkong(A) SKBukit Bangkong(A) telah mengadakan program gotong royong menceriakan kawasan sekolah. Program anjuran PIBG ini bertujuan melakukan kerja-kerja membaik-pulih dan menceriakan kawasan sekolah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih ceria,indah lagi mempersonakan. Program ini telah disertai oleh ibubapa dan guru-guru SKBB(A). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak PIBG dalam menjayakan program ini.