Dalam 1 minggu lagi hari persekolahan akan bermula.Semestinya anak-anak kita akan mula bertanya bila hendak membeli beg, pakaian dan buku-buku sekolah. Mungkin ada anak yang yang bertanya bila nak pergi “jalan-jalan”, sebab cuti dah nak habis. Kesan daripada pertanyaan yang berulang daripada anak-anak, saya mencari maklumat berkenaan Kalender Persekolahaan sekali dengan Takwim Cuti Umum 2011. Rupanya hari ini sudah pun masuk 27 Disember, bermakna ada lebih kurang 5-6 hari lagi cuti semester akhir akan tamat. Pada 2 dan 3 Januari tahun depan, sesi persekolahan 2011 akan bermula. Alang-alang sudah merujuk Kalender Persekolahan Tahun 2011 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, elok juga saya kongsikan di blog ini sebagai rujukan. Boleh juga jadi panduan bukan setakat untuk guru atau mereka yang terlibat dalam pendidikan secara langsung, tapi juga kepada ibu bapa. Kumpulan B Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Hari Persekolahan 03.01.2011 31.01.2011 Hari Persekolahan 01.02.2...