Catatan

MINGGU KESENIAN DAN KEBUDAYAAN ISLAM

Imej
Pada 12 Julai 2010 hingga 22 Julai 2010 Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah menjalankan satu program Minggu Kesenian dan Kebudayaan Islam yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Program yang dijalankan selama 2 minggu ini bertujuan untuk memperkembangkan minat dan bakat yang terpendam dalam aktiviti-aktiviti berunsur keagamaan, memberi peluang kepada murid-murid dan guru bersama-sama menghayati Islam dalam suasana yang harmoni di sekolah dan menambahkan ilmu pengetahuan berkenaan Islam kepada murid Islam dan yang bukan Islam dengan kerjasama dari semua warga sekolah. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan dengan jayanya antaranya ialah:; 1. Pertandingan bercerita Sirah Nabi (Tahap 1 dan 2) 2. Pertandingan Nasyid (Tahap 2) 3. Pertandingan Menulis Khat 4. Pertandingan Busana Muslim dan Muslimah (Prasekolah, Tahun 1 dan 2) 5. Pertandingan menghafaz surah pendek (Prasekolah, Tahun 1 dan 2) Majlis penutupan program telah diadakan pada 22 Julai 2010 oleh GPK1, Encik Mohd Noh bin Ismail d...

ANUGERAH GURU DEDIKASI

Imej
Pada 24 Jun 2010, Puan Noriyati binti Tasiman telah dianugerahkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sepang sebagai GURU DEDIKASI bagi kategori sekolah rendah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Sepang 2010. Anugerah ini telah disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Sepang iaitu Tuan Abd Rahmat bin Ngit, di Dewan Seri Puteri Cyberjaya disaksikan oleh guru-guru seluruh Daerah Sepang yang dijemput hadir meraikan sambutan hari guru pada tahun ini. Puan Noriyati bergambar dengan plak dan sijil guru dedikasi

HARI BERTEMU PELANGGAN

Imej
Hari ini, 25 Jun 2010 bersamaan hari Jumaat Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah mengadakan Program Hari Bertemu Pelanggan. Pada hari ini semua ibu bapa dan penjaga murid tahun 1 hingga tahun 6 dijemput hadir untuk menandatangani Buku ADAB murid. Program ini diharapkan dapat menggunakan peluang ini untuk berbincang dengan guru kelas dan guru mata pelajaran demi kecemerlangan anak-anak mereka. Program ini bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program hari ini berjalan dengan lancar. Diharapkan program ini dapat dilaksanakan pada penggal hadapan.

CUTI PENGGAL PERTAMA

Selamat bercuti kepada semua murid dan guru SK Bukit Bangkong mulai 5 Jun 2010 hingga 20 Jun 2010.

PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN

Semalam 24.5.2010 bersamaan hari Isnin Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong telah menjalankan Peperiksaan Setengah Tahun bagi murid-murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Tujuan diadakan peperiksaan ini diadakan adalah untuk menguji sajauh mana pencapaian murid-murid dalam pelajaran selama lebih kurang 5 bulan. Peperiksaan berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua guru berlangsung selama 4 hari tamat pada 27.5.2010.

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Imej
Pada tanggal 20 Mei 2010, jam 7.30pagi, SK Bukit Bangkong telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang bertemakan " Guru Pembina Negara Bangsa". Sambutan diadakan dalam suasana yang agak ringkas tetapi meriah memandangkan semua murid akan menduduki Peperiksaan Setengah Tahun pada minggu hadapan. Acara sambutan dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan nyanyian lagu keramat "Guru Malaysia" serta lagu tema pada tahun ini iaitu " Guru Pembina Negara Bangsa". Seterusnya beberapa acara persembahan oleh murid-murid bagi memeriahkan lagi sambutan hari guru pada tahun ini. Acara diteruskan dengan ucapan wakil murid oleh adik Mohd Arsyad bin Norsyairin bagi mewakili pelajar-pelajar SK Bukit Bangkong. Seterunya bacaan perutusan hari guru oleh Menteri Pelajaran Malaysia yang telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Haji Sirat. Ini diikuti dengan bacaan perutusan hari guru oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan ole...

TANDA HATI HARI GURU

Imej
Hari ini Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong menerima hadiah Sempena Hari Guru dari Yang Berhormat Parlimen Sepang, Dato Mohd Zin berupa kek dan jambangan bunga. Selain itu, pihak sekolah juga menerima sekotak kek dari Yang Berhormat Dun Batu Laut, Dato Karim. Terima kasih diucapkan atas kenangan YB kepada guru-guru sekolah kami.