Catatan

Gotong-royong Menceriakan Kawasan Sekolah

Imej
Tarikh : 15 Julai 2012 Tempat : SK Bukit Bangkong(A) SKBukit Bangkong(A) telah mengadakan program gotong royong menceriakan kawasan sekolah. Program anjuran PIBG  ini bertujuan melakukan kerja-kerja membaik-pulih dan menceriakan kawasan sekolah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih ceria,indah lagi mempersonakan. Program ini telah disertai oleh ibubapa dan guru-guru SKBB(A). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak PIBG dalam menjayakan program ini.        

Senamrobik 1Malaysia

Imej
Pada 12 Julai 2012 yang lepas seluruh negara diadakan senamrobik serentak 1S1M. Program ini telah berlangsung di dewan terbuka SK Bukit Bangkong(A). Semua murid dan warga sekolah terlibat dalam program ini mulai pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Hari Terbuka 2012

Imej
Pada 22 Jun bersamaan hari Jumaat yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan hari terbuka. Para ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan para guru bagi membincangkan masalah pelajaran anak-anak mereka. Ibu bapa juga berkesempatan menandatangani buka rekod kemajuan anak masing-masing. Para penjaga Tahun Enam juga telah duduk bersama para guru membincangkan perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan UPSR.

Rakaman Peristiwa Sambutan Hari Guru 2012

Tarikh : 16 Mei 2012 Hari : Rabu Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Bangkong(A) Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari Kehadiran : Semua warga SK Bukit Bangkong(A) dan JK PIBG sekolah.

Lagu Tema Hari Guru 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Bangun Beranikan Terima Seruan Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan Menciptakan Kreativiti Melahirkan Guru Inovatif Sahutlah Cabaran, Perubahan Daulatkan Bidang Pendidikan Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara Malaysia Ku Tercinta Kita Berbicara Tentang Inovasi Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini Meningkatkan Produktiviti Terkini Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja Binakanlah Keyakinan Merentasi Segala Halangan Lagu : Rosman bin Adam Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pad...

HARI RAMAH MESRA

Imej
Tarikh   : 21.4.2012 Hari      : Sabtu Masa    : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Sumber Kewangan : PIBG SK Bukit Bangkong(A) dan MAIS Tempat : Dewan Terbuka, Dewan Tertutup dan Padang Sekolah Program yang julung kalinya diadakan dengan melibatkan 4 pihak, iaitu pihak guru dan staf, ibu bapa/penjaga, murid bersama pihak agensi luar seperti AADK dan Bomba. Di antara objektif diadakan program yang sebegini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa peri pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru-guru dan staf sekolah dan komuniti luar sekolah selain memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Akhirnya melalui program ini juga diharapkan akan dapat mengikat hubungan baik antara pihak sekolah, ibu bapa dam agensi-agensi kerjaan ya...