LATAR BELAKANG KOMUNITI
95% ibu bapa atau penjaga adalah penduduk tempatan yang mempunyai latar belakang kehidupan serta ekonomi yang hampir sama iaitu bekerja sebagai petani atau nelayan. Selebihnya, seramai 5% ibu bapa terdiri dari gokongan pekerja industri di samping bekerja sebagai kakitangan kerajaan serta pekerja swasta.
Persekitaran sekolah dikelilingi oleh kawasan pertanian dan rumah kampung yang mana sebahagian penghuninya besar masyarakat sekitar adalah berbangsa asli dari suku kaum Mahmeri dan selebihnya berbangsa Melayu, China dan India. Lapangan pekerjaan penduduk sekitar adalah petani, nelayan, guru, pekerja swata, pekerja kilang, kontraktor dan peniaga kecil.
Pelajar yang bersekolah di sekolah ini kebanyakannya adalah anak-anak orang asli penduduk tempatan, anak-anak orang melayu yang tinggal di persekitaran dan kampung yang berhampiran. Selain itu, terdapat juga anak-anak guru yang mengajar di sekolah ini yang belajar di sekolah ini. Pelajar yang menamatkan pelajaran sehingga ke tahun enam di sekolah mampu membaca, menulis dan mengira dengan baik.
Ulasan
Catat Ulasan