12/27/12

Gotong-royong Menceriakan Kawasan Sekolah

Tarikh : 15 Julai 2012
Tempat : SK Bukit Bangkong(A)

SKBukit Bangkong(A) telah mengadakan program gotong royong menceriakan kawasan sekolah. Program anjuran PIBG  ini bertujuan melakukan kerja-kerja membaik-pulih dan menceriakan kawasan sekolah bagi mewujudkan persekitaran yang lebih ceria,indah lagi mempersonakan. Program ini telah disertai oleh ibubapa dan guru-guru SKBB(A). Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak PIBG dalam menjayakan program ini.


 
 
 
 

8/3/12

Senamrobik 1Malaysia

Pada 12 Julai 2012 yang lepas seluruh negara diadakan senamrobik serentak 1S1M. Program ini telah berlangsung di dewan terbuka SK Bukit Bangkong(A). Semua murid dan warga sekolah terlibat dalam program ini mulai pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Hari Terbuka 2012

Pada 22 Jun bersamaan hari Jumaat yang lalu, pihak sekolah telah mengadakan hari terbuka. Para ibu bapa dijemput untuk hadir ke sekolah dan berjumpa dengan para guru bagi membincangkan masalah pelajaran anak-anak mereka.
Ibu bapa juga berkesempatan menandatangani buka rekod kemajuan anak masing-masing. Para penjaga Tahun Enam juga telah duduk bersama para guru membincangkan perancangan yang menjurus kepada kecemerlangan UPSR.

5/17/12

Rakaman Peristiwa Sambutan Hari Guru 2012


Tarikh : 16 Mei 2012

Hari : Rabu

Tempat : Dewan Terbuka SK Bukit Bangkong(A)

Masa : 7.30 pagi hingga 12.30 tengahari

Kehadiran : Semua warga SK Bukit Bangkong(A) dan JK PIBG sekolah.

5/4/12

Lagu Tema Hari Guru 2012

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara




Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binakanlah Keyakinan
Merentasi Segala Halangan


Lagu : Rosman bin Adam
Lirik : Zainal Ariffin bin Yusof

4/30/12

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1976

4/22/12

HARI RAMAH MESRA

Tarikh   : 21.4.2012
Hari      : Sabtu
Masa    : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Sumber Kewangan : PIBG SK Bukit Bangkong(A) dan MAIS
Tempat : Dewan Terbuka, Dewan Tertutup dan Padang Sekolah

Program yang julung kalinya diadakan dengan melibatkan 4 pihak, iaitu pihak guru dan staf, ibu bapa/penjaga, murid bersama pihak agensi luar seperti AADK dan Bomba. Di antara objektif diadakan program yang sebegini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa peri pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru-guru dan staf sekolah dan komuniti luar sekolah selain memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Akhirnya melalui program ini juga diharapkan akan dapat mengikat hubungan baik antara pihak sekolah, ibu bapa dam agensi-agensi kerjaan yang lain seperti AADK dan juga pihak bomba.







4/19/12

MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Tarikh : 13 Januari 2012
Masa : 8.00 pagi


Murid memanaskan badan terlebih dahulu sebelum berlari
Murid-murid lelaki memulakan larian
 

Peserta merentas desa kategori lelaki sedang berlumba antara satu sama lain

Peserta perempuan yang mendapat tempat pertama dan kedua

Peserta lelaki yang mendapat tempat pertama dan kedua

Pemenang menerima hadiah dari Encik Mohd Noh (GPK1)

MESYUARAT AGUNG PIBG 2012

Tarikh : 17 Mac 2012
Hari : Sabtu
Masa : 8.30 pagi
Perasmi : Encik Nisman bin Yusof (Pegawai Khas Parlimen Sepang)

Yang Berbahagia En Nisman, Encik Jaludin (GB) dan Encik Jamaludin (YDP)

Sebahagian ibu / penjaga yang hadir ke mesyuarat sedang kyusuk mendengar
ucapan dari Yang Berbahagia Encik Nisman

YDP PIBG menyampaikan ucapan

Yang Berbahagia Encik Nisman sedang menyampaikan ucap utama

Mesyuarat Agung PIBG Sesi 2012/2013 sedang berlangsung

Encik Mazlan mempengerusikan Mesyuarat Agung pada kali ini


Batin Adit bin Ari meyampaikan sumbangan dari JKKK kepada murid yang
cemerlang dalam UPSR 2011

Sebahagian kaum ibu yang hadir bersama anak-anak

e-CREATIVITY Online Game

Tarikh   :
Tempat  : MyCore, Cyberjaya
Peserta  : Muhammad Amirul bin Hazlan
                Muhammad Amirul Ikmal bin Naszari
                Muhammad Aidil Azam bin Md Nasir
                Muhammad Zulhamizan bin Huzaini
Guru     : Puan Noriyati binti Tasiman







3/22/12

PERKHEMAHAN PERINGKAT SEKOLAH 2012

Tarikh : 20-21 Ferbruari 2012
Hari : Sabtu dan Ahad
Sasaran : Murid Tahap 2
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Bangkong(A)













 

2/17/12

SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL 2012

Tarikh : 10 Februari 2012Hari : Jumaat
Tempat : Dewan Terbuka dan Kampung Orang Asli Bukit Bangkong
Tema : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Semua Warga sekolah bersolat Dhuha sebelum perarakan bermula
Murid-murid bersedia untuk berarak dengan memegang sepanduk

Murid-murid berarak bersama dengan Guru Besar sambil berselawat
ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W
Bacaan Ayat Suci Al-Quran

Persembahan Nasyid oleh murid-murid Tahun 5

Deklamasi sajak oleh Ustazah Siti Salmah
Seawal jam 7.30 pagi warga SKBB(A) mendirikan solat Dhuha secara berjemaah di Dewan Terbuka untuk memohon kurniaan rezeki, tetapi kita perlu bersihkan diri daripada segala daki dosa dengan bertaubat. Selesai solat Dhuha, semua warga SKBB(A) memulakan berarak keliling Kampung Orang Asli Bukit Bangkong sempena sambutan Maulidur Rasul. Sambil berarak, semua warga SKBB(A) berselawat ke atas Junjungan Besar Rasullullah S.A.W. Selepas itu, majlis diteruskan dengan perhimpunan di Dataran Terbuka. Majlis diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran. Kemudian majlis diimarahkan lagi dengan ceramah Khas Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Rusdi. Antara objektif sambutan Maulidur Rasul 1433H yang bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah untuk  :-
  • mengingatkan tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad S.A.W
  • meningkatkan kecintaan dan memuliakan Rasullullah S.A.W
  • mengetahui dan mempelajari sirah Rasullullah S.A.W
  • mencontohi serta mengamalkan akhlak mulia
  • memperbanyakkan selawat kepada Rasullullah S.A.W
"Allah telah berfirman kepada Rasulullah (s.a.w) untuk mengingatkan ummatnya yang mengakui mencintai Allah, untuk mencintai NabiNya dan katakanlah kepada mereka,"Jika kamu mencintai Allah, ikutlah (dan cintai dan hormati) aku, dan Allah akan mencintai kamu" dan para Malaikat sentiasa memuji baginda sebagaimana yang dimaksudkan didalam ayat al-Quran yang berbunyi, "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat sentiasa bersalawat keatas Nabi" (33:56). Seterusnya ayat ini disambung dengan perintah Tuhan,"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu keatasnya". Ayat ini sahaja menjadi bukti bahawa kualiti iman seseorang itu bergantung kepada dan dizahirkan melalui selawat kepada Nabi (s.a.w). Ya Allah! Limpahkanlah selawat serta salam kepada Nabi, ahli keluarga baginda dan para sahabat."

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)