4/22/12

HARI RAMAH MESRA

Tarikh   : 21.4.2012
Hari      : Sabtu
Masa    : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Sumber Kewangan : PIBG SK Bukit Bangkong(A) dan MAIS
Tempat : Dewan Terbuka, Dewan Tertutup dan Padang Sekolah

Program yang julung kalinya diadakan dengan melibatkan 4 pihak, iaitu pihak guru dan staf, ibu bapa/penjaga, murid bersama pihak agensi luar seperti AADK dan Bomba. Di antara objektif diadakan program yang sebegini adalah untuk memberi kesedaran dan pengetahuan kepada ibu bapa peri pentingnya pelajaran kepada anak-anak mereka. Selain itu, melalui program ini juga diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu bapa, guru-guru dan staf sekolah dan komuniti luar sekolah selain memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa untuk turut serta dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Akhirnya melalui program ini juga diharapkan akan dapat mengikat hubungan baik antara pihak sekolah, ibu bapa dam agensi-agensi kerjaan yang lain seperti AADK dan juga pihak bomba.







No comments:

Post a Comment

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)