2/27/10

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


Besarnya coklat!

Seorang kakitangan kilang Cokelat Beryls sedang
memberi taklimat kepada murid-murid SKBB

Murid-murid sedang berehat di hadapan
kios kilang cokelat Beryls.

Murid-murid bergambar di hadapan buah koko
gergasi yang terletak di hadapan kilang

Murid-murid bergambar di tepi tasik Putrajaya
selepas makan tengah hari

Murid-murid sedang asyik menonton tayangan
video di kilang roti Gardenia

Seorang kakitangan kilang roti Gardenia memberi
taklimat tentang pembuatan produk roti

Masing-masing berwajah ceria dengan 'goody bag'
yang diberikan oleh kilang Gardenia

Murid-murid dan guru-guru SK Bukit Bangkong
bergambar di hadapan pintu masuk kilang roti
Gardenia sebagai tanda kenangan

Unit Bimbingan dan Kauseling SK Bukit Bangkong telah mengadakan satu lawatan ke Kilang Roti Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. di Shah Alam, Selangor, Kilang Coklat Beryls di Seri Kembangan dan Sekitar Putrajaya pada 2 Februari 2010. Seramai 36 orang murid yang terdiri dari perpustakaan dan pangawas sekolah dan beberpa murid yang cemerlang dalam pelajaran telah mengikuti lawatan tersebut. Murid-murid ini telah diiringi oleh 4 orang guru. Tujuan lawatan ini dibuat adalah bagi memberi pendedahan kepada murid dalam proses pembuatan roti dan proses membuat cokelat. Bas bertolak dari sekolah terus ke Shah Alam pada pukul 8.00 dan tiba pada pukul 9.30 pagi di Kilang Gardenia.

Murid-murid telah diberi penerangan melalui tayangan video dan dibawa melawat ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana proses pembuatan roti dijalankan. Selepas lawatan, semua murid dan semua guru diberi peluang untuk merasai roti buatan kilang tersebut dan setiap seorang mendapat 'goody bag' yang penuh berisi roti dan produk Gardenia lain sebagai buah tangan untuk dibawa pulang.

Seterusnya, lawatan diteruskan ke Kilang Cokelat Beryls di Seri Kembangan. Di sana murid-murid juga diberi penerangan melalui tayangan video dan dibawa melawat ke dalam kilang untuk melihat sendiri bagaimana proses membuat cokelat dijalankan. Selepas lawatan semua murid dan guru berpeluang untuk merasai cokelat buatan kilang tersebut. Di kilang ini murid-murid dapat membeli produk coklelat dengan harga yang berpatutan.




No comments:

Post a Comment

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)