2/21/11

Majlis Jasamu di kenang (19/2/2011)






Selepas tamat program Maulidur Rasul satu Majlis Jasamu Dikenang telah diadakan di LKIM, Bagan Lalang. Majlis ini bermula pada pukul 1.00tgh hingga pukul 3.00petang.

Majlis ini diadakan bagi meraikan perpindahan Mantan Guru Besar, Puan Miskina binti Musri ke Pejabat Pelajaran Daerah Sepang sebagai Pegawai Penyelaras ICT dan juga Puan Juliana binti Kobiri ke SK Methodist, Sungai Pelek. Majlis yang dikendalikan oleh Badan Kebajikan SK Bukit Bangkong ini yang diterajui oleh Puan Noriyati binti Tasiman bersama AJK beliau bermula jam 1.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang telah dihadiri oleh semua guru serta Kakitangan dan PIBG Sekolah.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Mazlan bin Haji Sirat. Majlis bersambung dengan ucapan oleh Guru Besar Encik Jaludin bin Buang dan juga tetamu yang diraikan pada hari tersebut Puan Miskina dan Puan Juliana. Selesai ucapan, acara penyampaian hadiah dan penyampaian kek harijadi kepada beberapa orang guru sekolah ini. Seterusnya, semua yang hadir dijemput untuk menikmati jamuan makan tengah hari bersama-sama yang diraikan.

Majlis diakhiri dengan sesi bersalaman di antara tetamu yang diraikan dengan guru-guru, kakitangan dan juga ahli PIBG yang hadir pada hari itu. Terima kasih kepada pihak yang terlibat melaksanakan majlis ini dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)