2/26/11

Mesyuarat Agung PIBG 2011

Mesyuarat Agung 2011 berjalan lancar
dalam suasana yang harmoni


~Rakaman sepanjang Majlis Mesyuarat Agung 2011~

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bangkong(A) telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG pada tahun ini pada bertempat di Dewan SK Bukit Bangkong(A). Majlis tersebut yang bermula pada jam 8.30 pagi telah dimulakan dengan pendaftaran oleh ahli-ahli PIBG. Mesyuarat dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh Naib Yang Dipertua PIBG, Puan Raziana yang mewakili Encik Jamaluddin, Yang Dipertua PIBG yang tidak dapat hadir kerana tidak sihat. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir walaupun terpaksa mengorbankan hari cuti, dan ini menunjukkan bahawa para ibu bapa prihatin dengan perkembangan sekolah dan anak-anak mereka yang belajar di SK Bukit Bangkong(A).

Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar, Encik Jaludin bin Buang menerangkan serba-sedikit tentang program-program yang dijalankan, pengukuran pencapaian murid di SK Bukit Bangkong(A), dan kepentingan ibu-bapa memastikan agar anak masing-masing menghadiri program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Bangkong(A)pula telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Selangor dan Wilayah.

Selesai perasmian, acara cabutan bertuah dan juga penyampaian cenderahati telah dilaksanakan. Setelah itu, semua yang hadir telah dijemput menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak pengelola majlis. Majlis kemudiannya disambung dengan sesi Mesyuarat Agung yang dimulakan dengan pembentangan minit mesyuarat yang lalu oleh Setiausaha PIBG, En. Ab Wahab bin Salleh. Rekod kewangan pula telah dibentangkan oleh Bendahari PIBG, Puan Fateha binti Abu Yamin sejurus sebelum pembahasan usul-usul yang dibangkitkan oleh ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan para ibu-bapa. Selepas pembahasan usul. Mesyuarat Agung PIBG SK Bukit Bangkong(A) pada tahun ini kemudiannya ditutup dengan ucapan penangguhan oleh Naib YDP PIBG. Majlis berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Bukit Bangkong(A) mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir, dan mengharapkan komitmen yang terbaik daripada semua pihak dalam menjayakan agenda PIBG dan sekolah untuk tahun 2011.

No comments:

Post a Comment

PROGRAM DIDIK HIBUR SEJARAH

Tarikh : 10 April 2019 Anjuran : Guru Pelatih IGP Teknik & Pensyarah Sasaran : Murid Tahap 2 Tempat : SK Bukit Bangkong(A)